Wednesday, September 28, 2022

FOR THE SAKE OF ALLAH

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim




Berkunjung ke sini merupakan impian setiap orang tidak kira sama ada yang miskin atau yang kaya. Ada yang sanggup menyimpan duit selama bertahun-tahun semata-mata ingin menunaikan rukun Islam yang kelima ini. 

Tempat ini sememangnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan merupakan antara tempat yang paling banyak menerima kunjungan manusia pada setiap masa. Jika berkunjung ke sini, tidak akan mengenal erti sunyi kerana saban masa dipenuhi dengan manusia yang ingin menghambakan diri kepada Allah. 

Selain merupakan perintah daripada Allah, pasti ada yang datang berkunjung untuk mengasingkan diri seketika daripada kesibukan memikirkan hal dunia demi mencari ketenangan daripada Ilahi. 

Semoga dengan izinNya kita diberikan peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini pada suatu hari nanti. InsyaAllah. B  

Tuesday, September 20, 2022

RINGKASAN PEMBEDAHAN KATARAK

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Antara teknik pembedahan yang dilakukan untuk membuang katarak adalah jenis PHACOEMULSIFICATION.


Berikut saya akan kongsikan cara pembedahan secara PHACO ini dilakukan.


PERMULAAN / PERSEDIAAN


Setelah microincision dibuat, sejenis cecair yang dikenali sebagai VISCOELASTIC dimasukkan ke dalam  mata untuk menstabilkan anterior chamber. Viscoelastic dimasukkan untuk menggantikan secara sementara aqueous humour yang hilang melalui microincision tadi.


Selepas itu, capsulorrhexis dibuat di bahagian hadapan anterior capsule. Untuk pengetahuan semua, capsulorrhexis adalah satu teknik untuk membuat bukaan secara membulat pada anterior capsule.


Secara ringkasnya selepas kanta baru dimasukkan, cecair viscoelastic tadi akan dibuang.


Step-by-step:

CORNEAL INCISION

Corneal incision sebesar 2.5mm dibuat dengan menggunakan microkeratome.


DYE USED

Pewarna digunakan dalam prosedur ini agar anterior capsule akan mudah kelihatan seterusnya proses membuat capsulorrhexis boleh berjalan dengan lancar. Pewarna yang digunakan adalah sejenis TRYPAN BLUE.


HYDRODISSECTION

Ia merupakan sejenis prosedur untuk memisahkan antara anterior capsule dengan cortex (bahagian terpeinci di dalam kanta mata) dengan menggunakan BALANCE SALT SOLUTION (BSS).


HYDRODILINEATION

Ia merupakan sejenis prosedur untuk memisahkan ikatan antara nucleus dengan cortex kanta dengan menggunakan solution yang sama (BSS). 


IOL INSERTION

IOL jenis foldable digunakan daripada jenis material ACRYLIC.


HYDRATION OF WOUND

Melalui pembedahan secara phaco, incision atau bukaan yang dibuat terlalu kecil untuk ditutupi dengan suture, oleh itu, bukaan pada cornea tadi ditutupi dengan memasukkan BSS ke dalam stromal lamella of cornea. 

Jadi, pembedahan secara phaco boleh mempercepatkan proses penyembuhan mata kerana tidak terdapat luka yang besar pada kornea. Selain itu, komplikasi yang datang daripada suture seperti Giant Papillary Conjunctivitis (sejenis inflamasi) atau jangkitan kuman boleh dielakkan.   



  

CATARACT / KATARAK

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Cataract adalah sejenis penyakit yang paling banyak berlaku di dunia dan selalu dikaitkan dengan usia. Manakala pembedahan pembuangan katarak adalah pembedahan yang paling kerap dilakukan di dunia hampir dilakukan pada setiap hari.


Apa itu katarak?

 = Katarak adalah keadaan di mana kanta yang asalnya jernih bertukar menjadi keruh dan menjadi kurang fleksibel.


Apabila kanta ini menjadi keruh akibat daripada pengumpulan protein, cahaya tidak dapat menembusi mata menyebabkan ia berserakan dan terbias lalu menyebabkan gejala silau dalam kalangan pesakit katarak.


Selain daripada faktor usia, katarak boleh terjadi kerana faktor-faktor berikut:

a) Kencing manis

b) Trauma / Kecederaan kepada mata

c) Komplikasi daripada pembedahan mata

d) Keturunan (Congenital)


Pembedahan digalakkan kepada individu yang mengadu aktiviti sehariannya terganggu disebabkan oleh katarak. 


Dalam pembedahan katarak, microincision iaitu torehan kecil dibuat (dalam lingkungan panjang 2.5mm) pada kornea sebagai bukaan untuk memasukkan alat yang digunakan untuk menghancurkan katarak kepada serpihan kecil dan menyedut keluar serpihan tersebut.


Jenis pembedahan yang kerap dilakukan dipanggil sebagai PHACOEMULSIFICATION. Selain itu, teknik pembedahan terkini dan lebih canggih telah diperkenalkan. Ia dikenali sebagai FEMTOSECOND LASER ASSISTED CATARACT SURGERY.


Terdapat beberapa kelebihan menggnunakan laser dalam pembedahan pembuangan katarak; antaranya ialah:

a) Ia dapat membantu membetulkan astigmatism dengan incision yang tepat seterusnya membantu mengurangkan power astigmatism seseorang individu

b) Memecahkan katarak kepada serpihan yang lebih kecil agar serpihan tersebut mudah untuk disedut keluar

c) Bukaan hadapan kapsul lebih kemas (Anterior Capsulorrhexis)


Kanta yang keruh yang dibuang akan digantikan dengan kanta baru artificial (Intraocular Lens). Terdapat beberapa jenis kanta di pasaran dan yang paling kerap digunakan adalah kanta jenis monofokal.

a) Kanta Monofocal

 - kanta ini mempunyai satu power sahaja iaitu power untuk melihat jauh dengan jelas

 - kanta ini adalah yang sering digunakan

 - kelemahan kanta ini ialah pesakit masih perlu membuat cermin mata untuk membaca.


b) Kanta Bifocal


c) Kanta Trifocal atau Multifocal (Symfony, Tecnis, ReSTOR, 

Accommodative IOL : Crystalens)  

Tuesday, September 13, 2022

TIKTOK: BAIK ATAU TIDAK

 Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni saya nak membebel (baca: menulis) tentang tiktok.

Kita sedia maklum yang tiktok merupakan sebuah applikasi yang sangat digemari ramai dan medium hiburan yang sangat popular dasawarsa ini.

Pernah suatu ketika dahulu, tiktok menjadi viral kerana pengaruh negatif yang dibawa olehnya. Negatif yang macam mana? Saya tidak pasti tetapi saya yakin ia membawa pengaruh yang tidak baik kerana banyak waktu terbuang dengan melayarinya. ITU DAHULU.

Tetapi, kerana tuntutan kerja dan ingin mencari idea untuk marketing produk, akhirnya saya memutuskan untuk mendownload aplikasi tersebut.

Adakalanya saya menggunakan untuk mencari idea untuk marketing, adakalanya saya menggunakannya untuk mencari kata-kata motivasi untuk membantu saya move on. 

Tetapi setelah lama menggunakannya, saya dapati saya berasa sedikit sebanyak tertekan kerana kebanyakan video yang lalu di wall saya (video fyp) kebanyakannya menceritakan tentang pasangan masing-masing. hahaha.

Ada yang berkongsi tips, tidak kurang juga yang mempamerkan betapa indah dan bahagianya berpasangan. Saya juga berasa kurang senang kerana lambakan video fyp yang berkongsi banyak tips ringkas dan ilmu ringkas sehingga saya berasa kepala saya terlalu penuh dengan ilmu-ilmu yang banyak dalam satu masa dan tidak tersusun. Pening den jadinya. 

Selain itu, masa saya banyak habis dengan melayari tiktok dengan mendapat perkongsian ilmu dan video-video yang saya tidak perlukan langsung. Saya berasa tidak ada penambahbaikan daripada segi kualiti hidup dan masa saya dengan melayari tiktok. Pendek kata buang masa dan tak bermanfaat kerana tidak ada tujuan khusus saya menggunakannya.

Maka, saya memutuskan untuk menghadkan penggunaan tiktok dan akan membukanya sekiranya perlu sahaja terutama apabila saya ingin mencari sesuatu info atau maklumat yang penting sahaja.

Saya beri satu contoh, baru-baru ini saya mencari idea untuk mendekorasikan meja study di dalam bilik saya. 

Sekiranya kita menggunakan tiktok secara bijaksana, terdapat pelbagai idea yang boleh diambil untuk dijadikan sebagai inspirasi. 

Selain itu, saya juga pernah melayari tiktok untuk membantu saya membuat pilihan sama ada ingin membeli sesuatu produk atau pun tidak dengan melihat video review atau perbandingan produk di situ.

Caranya mudah sahaja, anda perlu taip sahaja kekunci untuk mendapatkan video yang anda mahukan. 

Jadi, aplikasi itu tidak salah, yang salahnya ialah cara kita menggunakannya. Adakah kita menggunakannya untuk perkara bermanfaat atau pun sebaliknya. 

Sunday, August 21, 2022

Hari Convocation Adik

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari ni saya nak update tentang hari graduation my sister. Baru-baru ni kami ke Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi ke Gombak untuk meraikan convocation adik. Selepas dah tertangguh selama setahun disebabkan covid, akhirnya adik boleh convo jugak. 

Kami bertolak pada hari Selasa tengah hari dan sampai lebih kurang waktu Asar. Setelah berehat semalaman, hari yang dinantikan telah pun tiba. Hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan. Maka, kami tunggu di luar sahaja. Majlis bermula agak awal. Dalam pukul 8 pagi tu dah kena masuk ke dalam dewan.

Tahniah adik! Dulu, angah dan kakak convo sekali, sekarang turn adik pulak. Semoga dipermudahkan untuk mencari rezeki dan pengalaman dalam hidup.

ingat, kalau bercinta, jangan bagi hati sangat. nanti sakit tak tertanggung. 

Sebab dah alang-alang sampai di Kuala Lumpur, jadi kami mengambil kesempatan untuk melawat Kak Ngah di Shah Alam dan Kak Ngah di Bangi. Dan dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Aquaria KLCC untuk beli jiwa anak-anak. 'Areeq nampak macam excited nak tengok shark tapi rupanya penakut. 😒

Kami juga mengambil kesempatan untuk singgah di Temerloh melawat ibu saudara di situ. 


semoga semua sentiasa dalam keadaan sihat. 


Tahniah adik 


Thursday, August 11, 2022

Study

 assalamualaikum

bismillahirragmanirrahim


Kali ni nak kongsi pasal study pulak. Alang-alang dah bertukar ke tempat kerja baru, memang banyak perkara kena belajar balik. 


So I always in the library study things. Let's learn and become smarter everyday hahahah

Thursday, July 14, 2022

Umrah Pertama (PART 4)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Terdapat banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Madinah. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk (lebih kurang 9-20 degree Celcius sahaja) terasa seperti sedang bercuti di London. haha

Kalau dah pernah sampai di sini sekali, mesti akan rasa nak pergi lagi dan lagi. Tidak akan pernah rasa puas meluangkan masa di bumi Madinah ini. Sepanjang berada di sana, kami hanya fokus kepada ibadah semata-mata dan terus lupa tentang hal ehwal duniawi.

Benarlah seperti hadis Nabi SAW, 

Sesungguhnya amal perbuatan kita itu bergantung kepada niat. Semasa kita di Malaysia lagi niat kena pasang dengan betul dan letakkan azam untuk melakukan ibadah yang terbaik semasa berada di sana nanti. 

Pandanglah Masjid Nawbawi dengan bersungguh-sungguh. Kerana entah bila lagi kita akan sampai di sana semula. Entah bila lagi peluang untuk berjumpa dengan Rasullullah akan terbuka lagi untuk kita. Berdoalah kepada Allah agar kita dijemput semula pada masa akan datang. 

Melihat Kubah Hijau, membuatkan kita teringat kepada Rasulullah SAW. Moga dengan asbab kita ke sana, doa-doa kita dimakbulkan oleh Allah dan kita berusaha berubah menjadi insan yang lebih baik sesudah sampai di bumi Malaysia ini. 

Antara perkara yang kena cuba bila sampai di sini ialah buah kurma freeze dan ais krim bumi Anbiya’. Sekali cuba pasti nak lagi. 😋

Bersambung ……