Saturday, February 1, 2020

KEDAH: KISAH 1

ASSALAMUALAIKUM

Entri kali ni aku nak cerita pasal negeri Kedah. Aku tak pernah menyangka seumur hidup aku yang aku akan berhijrah ke utara semenanjung. Ceritanya begini.

Akibat kekecewaan dan ingin membawa diri, atas cadangan kawan aku, dia menasihati aku untuk cuba mencari kerja di negeri Kedah. Jadi, atas nasihat beliau, aku cubalah 'usha-usha' pekerjaan di sana. Semestinya kerja yang bersangkut paut dengan 'degree' akulah. Sebab tu je yang aku tahu. Haha. Inilah masanya untuk mantapkan 'skill' yang dah ada, tak gitu?

Permulaan perjalanan yang tidak mudah bagi aku. Aku mengambil risiko untuk 'explore' negeri yang tak pernah aku kunjungi. Dahlah aku pergi seorang diri je masa tu. Naik bas sorang-sorang dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Tapi, Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa, aku boleh simpulkan 'that was the most happy moment in my life'. Aku tak menyesal duduk tinggal kat sana tiga nak masuk empat tahun. I am very happy to be part of Kedahan. In my opinion, orang Kedah lebih bagus daripada orang di tempat kelahiranku sendiri, nak-nak dalam sikap ramah-tamah mereka.

Jadi, marilah aku ceritakan permulaan kisah bagaimana aku boleh dapat bekerja dengan bos aku di Alor Setar dan seterusnya dihantar ke Pendang. 

Kisah 1:
Setelah melihat iklan di laman 'Facebook', ada satu iklan kerja mencari seorang pegawai optometris di kawasan Jitra, Kedah. Maka, aku hantar mesej kepada bos kedai tersebut dan kami bersetuju untuk satu sesi 'inteview' antara majikan dan pekerja. Bos perempuan. Kedai spek kat sana banyak sangat dimiliki oleh optometris perempuan.

Maka, naiklah aku bas pukul 10 pagi (kot) - sebab dah lupa, ke Alor Setar daripada Terminal Bas Bersepadu (TBS). Aku sampai di stesen bas Alor Setar dalam pukul 6.00 petang macam tu lah. Sampainya di sana, aku naik bas 'intercity' dan mula ke Jitra. Sebab aku tak tahu pun kedai spek tu kat mana, jadi aku main redah je sambil bertawakkal pada Allah agar sentiasa melindungi aku. Sepanjang perjalanan tu, pening kepala aku tak faham pun penumpang dalam bas tu duk borak apa sebab mereka borak dalam loghat utara dan laju nau.

Untuk penginapan, aku 'google' je nama hotel. Masa aku naik bas tersebut, malangnya, bas tersebut menghala ke tempat lain dan tidak melalui hotel yang aku nak pergi tu. Aku ingin bermalam di hotel tersebut sebab bila 'google', kedudukannya sudah hampir dengan tempat aku akan ditemuduga esok. Alhamdulillah nasib baik aku ringan mulut bertanya kepada konduktor bas tersebut, rupanya aku kena turun sebelum bas tersebut menghala ke destinasi seterusnya. 

Maka, aku berjalan kakilah ke hotel tersebut yang terletak tidak jauh daripada tempat aku berhenti tadi. Setelah check-in hotel dan dapat nombor bilik, aku kebingungan nak makan kat mana sebab perut dah lapar. Jadi, aku fikir untuk mandi dan solat dulu sebelum aku keluar cari tempat makan. Bayangkanlah mana ada kenderaan masa tu dan kat mana aku nak cari kedai makan malam-malam? Selepas bertanya dengan 'receptionist' di hotel tempat aku menginap tu, aku keluar daripada hotel, berjalan kaki dalam 200 ke 300 meter kot? ke sebuah restoran berhampiran. 

Aku menginap di sini; di Hotel Bustani
Sumber gambar: Google

Faham-faham je lah kalau di Kedah ni memang terkenal dengan makanan ala Thai. Jadi, kat situ aku makanlah seorang diri, nasi putih + tomyam + telur dadar + kailan ikan masin. Sedap giler mungkin sebab lapar sangat. Selepas tu, aku balik terus tidur sebab letih sangat mengharungi perjalanan satu hari dari KL ke AS ke Jitra.

Sumber gambar: Google

Keseokannya, aku 'check-out' dan tempah teksi untuk menghantar aku ke tempat temuduga. Aku sampai awal ke penemuduga tu sampai lambat sampai aku terlepas bas balik ke Kuala Lumpur dan terpaksa beli tiket lain untuk balik ke Kuala Lumpur. Sebabnya IV habis lewat dan bas aku pulang pukul 3 petang. Nasiblah badan. Akhirnya aku terpaksa berjalan kaki ke stesen bas Jitra dan beli tiket balik semula. Jauh jugak aku berjalan sampai terpaksa beli payung sebab panas sangat. Dan aku tak sempat pun makan tengah hari. TT

Aku sampai di KL agak lewat dalam pukul 9 malam. ++. 
Maka tamatlah sudah perjalanan yang mencabar yang aku lalui seorang diri itu. Setelah beberapa hari, aku diberitahu yang aku tidak diterima bekerja kerana mungkin aku bukan orang asal Kedah. Padahal aku dah semangat cari rumah sewa kat sana 'in case' dapat bekerja di sana. Tapi, perancangan Allah itu Maha Hebat, mungkin cabarannya harus aku lalui dan aku tidak sesuai di situ. 

Untuk ke Kisah 2, nantikan dalam 'post' akan datang. 
Sekian dulu buat masa sekarang. 

No comments:

Post a Comment