Monday, February 3, 2020

KEDAH: KISAH 2

ASSALAMUALAIKUM

Ok, mai aku sambung dengan kisah kedua.

Disebabkan semangat aku yang tinggi untuk menetap di Kedah, walaupun 'application' pertama tidak berjaya, itu tidak mematahkan semangat aku untuk memohon kerja di tempat lain di Kedah. 

Maka, dengan izin Allah, aku ternampak satu iklan kerja di bandar Alor Setar iaitu lebih tepat lagi di Pekan Simpang Kuala. Di sebuah kedai bernama Hayati Optometrist Sdn Bhd. Yang dimiliki oleh Puan Hayati dan Encik Zamri. 

Maka aku pergi ke KL sentral untuk membeli tiket kali kedua ke Kedah. Aku ambil tiket tengah hari dan sampai pukul 5 petang di sana. Itulah pengalaman kali pertama aku naik tren. Best juga. Sambil sembang-sembang dengan mak cik yang duduk sebelah aku nak balik ke Perlis. Orang Utara kan ramah-tamah orangnya. Seterusnya ambil teksi dan meminta bantuan teksi tersebut untuk tunjukkan hotel terdekat dengan tempat temuduga aku di PSK. Sepanjang dalam teksi tu, Pak Cik teksi tu tanya aku mana aku dapat iklan kerja tu. Lepas tu aku cakaplah daripada Facebook. Tapi, baguslah orang Kedah ni sebab Pak Cik tu nasihatkan aku untuk tak mudah percaya dengan iklan FB. Tapi, aku dapat tu daripada iklan grup persatuan optometri Malaysia. Jadi, memang boleh percaya dengan iklan di situ. 

Maka, pak cik tu bawalah aku ke sebuah motel. Takut giler aku masa aku pergi tengok bilik motel tu. Seramnya. Lepas tu sebab takut sangat dengan keselamatan aku, aku cakap hantar je lah aku ke Hotel Seri Malaysia. Sampai je di HSM, aku tanyalah harga semalaman berapa. Almaklumlah orang tak ada kerja ni kenalah save bajet sikit. Jadi, aku membuat keputusan untuk cari hotel lain. Alhamdulillah aku ternampak sebuah hotel bajet berhadapan dengan HSM. Harga berbaloilah untuk semalaman dalam RM80. Bilik bersih dan kemas dan yang penting selesa. Takut juga aku tidur kat situ, sebab sorang diri kan. 

Keesokannya, aku mintak 'receptionist' telefon teksi dan aku menaiki sebuah teksi ke PSK. Rupanya jauh juga jarak daripada hotel tempat aku menginap dengan PSK tu. Aku buat keputusan untuk sampai awal. Waktu temuduga aku dalam pukul 10 -10.30 pagi macam tu. Alang-alang dah sampai awal, sebab PSK tu dekat dengan pasar, maka adalah warung makan pagi. Jadi, aku duduk di situ seorang diri memesan sebungkus nasi lemak dan secawan air milo.

Kali pertama aku jejakkan kaki ke Hayati Optometrist tu aku rasa macam masuk dalam sebuah klinik, bukan kedai. Bau dia memang bau klinik. Haha. Orang yang pertama aku jumpa masa tu ialah Kak Ila, lepas tu Nad (pelajar praktikal bisnes), lepastu baru Pak Lah. Masa tengok Kak Ila tu macam takut jugaklah hahahah. Tapi, rupanya Kak Ila ni baik giler. Kelakar. Peramah. 

Aku tunggu dalam 15-20 minit sebelum sesi temuduga bermula. Masa tu berdebar yang amat. Aku berdoa kepada Allah agar urusan aku dipermudahkan dan bos terima aku bekerja di situ sebab aku rasa itulah peluang terakhir aku untuk bekerja di sana dan lepas tu mungkin aku give up sebab iklan kerja kosong ada dua je tak silap di Kedah pada waktu itu.

Aku mekap bagai nak rak hari tu. Hahaha. Kelakar pulak bila ingat balik. Sepanjang sesi temuduga tu, Kak Ti lembut sangat orangnya dan baik. Sama juga dengan Abang Zam. Dalam tengah hari aku habis temuduga. Kak Ti tolong hantarkan aku ke Stesen Kereta Api walaupun aku 'insist' nak naik teksi. Kami borak-borak sikit dalam kereta. Dan terima kasih kepada Kak Ti sebab tolong hantarkan aku maka aku tak lah terlepas bas macam hari tu. Aku balik dengan menaiki tren yang aku dah beli awal tiket sebelum aku datang ke sana lagi.  

Selepas beberapa lama aku menerima berita gembira. Kak Ti nak ambil aku jadi sebahagian daripada staf beliau. Aku diterima bekerja dan aku diminta untuk lapor diri awal ke sana untuk membantu dalam Mega Sales tahunan mereka. Aku bersetuju. Maka bermulalah episod kehidupan aku di sana. 

Nantikan sambungan dalam Kedah: Kisah 3

No comments:

Post a Comment