Saturday, October 15, 2016
React or Respond
Bismillahirrahmanirrahim
REACT OR
RESPOND
Cockroach Theory
A beautiful speech by Sundar Pichai - an IIT-MIT Alumnus and Global Head Google Chrome:
A beautiful speech by Sundar Pichai - an IIT-MIT Alumnus and Global Head Google Chrome:
The cockroach theory for self-development
At a restaurant, a cockroach suddenly flew from
somewhere and sat on a lady.
She started screaming out of fear.
With a panic stricken face and trembling voice,
she started jumping, with both her hands desperately trying to get rid of the
cockroach.
Her reaction was contagious, as everyone in her
group also got panicky.
The lady finally managed to push the cockroach
away but ...it landed on another lady in the group.
Now, it was the turn of the other lady in the
group to continue the drama.
The waiter rushed forward to their rescue.
In the relay of throwing, the cockroach next
fell upon the waiter.
The waiter stood firm, composed himself and
observed the behaviour of the cockroach on his shirt.
When he was confident enough, he grabbed it
with his fingers and threw it out of the restaurant.
Sipping my coffee and watching the amusement,
the antenna of my mind picked up a few thoughts and started wondering, was the
cockroach responsible for their histrionic behaviour?
If so, then why was the waiter not disturbed?
He handled it near to perfection, without any
chaos.
It is not the cockroach, but the inability of
those people to handle the disturbance caused by the cockroach, that disturbed
the ladies.
I realized that, it is not the shouting of my
father or my boss or my wife that disturbs me, but it's my inability to handle
the disturbances caused by their shouting that disturbs me.
It's not the traffic jams on the road that
disturbs me, but my inability to handle the disturbance caused by the traffic
jam that disturbs me.
More than the problem, it's my reaction to the
problem that creates chaos in my life.
Lessons learnt from the story:
I understood, I should not react in life.
I should always respond.
I should always respond.
The women reacted, whereas the waiter
responded.
Reactions are always instinctive whereas
responses are always well thought of.
A beautiful way to understand............LIFE.
Person who is HAPPY is not because Everything
is RIGHT in his Life..
He is HAPPY because his Attitude towards
Everything in his Life is Right..!!
Sunday, September 11, 2016
Tidak solat tetapi berjaya - motivasi diri ni
بسم الله الرحمن الرحيم
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?
Apakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman.
Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
kredit: rakangroup
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Monday, August 29, 2016
Random - ulasan Majalah Gen-Q
18
OGOS 2015, SELASA
JURNAL
5: SYUKUR
Syukur.
Ia merupakan sebuah kalimah agung yang membuktikan rasa kehambaan seorang
manusia kepada Tuhannya. Apalah yang mampu dilakukan oleh seorang hamba tanpa
belas kasihan dan bantuan daripada Allah. Oleh sebab itu, kita harus belajar
menjadi hamba yang bersyukur kerana Allah menyukai orang yang bersyukur
kepadaNya. Ingatlah Allah pasti menambah rezeki kepada orang yang mahu
bersyukur kepadaNya.
Hanya
dengan satu kalimah Alhamdulillah sahaja sudah memadai untuk membuktikan rasa
syukur seorang hamba kepada Pencipta. Ayuh kita belajar bersyukur dengan
sentiasa melazimi kalimah Alhamdulillah apabila menerima nikmat daripadaNya.
Beralih
kepada ceirta tentang sifat ahli syurga yang disebut oleh Rasulullah SAW. Dia ialah
seorang lelaki yang ibadatnya biasa-biasa sahaja, tetapi memiliki hati yang
cukup bersih sehingga tidak pernah bersangka buruk terhadap orang lain dan hanya
perkataan yang baik-baik sahaja keluar daripada mulutnya. Fuh! Hebat benar
orang ini. Dialah yang dikenali sebagai Saad bin Abi Waqqas. Beruntunglah orang
yang Rasulullah sebut sebagai bakal penghuni syurga. Dimanakah kita? Jika ingin
menjadi penghuni syurga juga, apa kata kita pun beramal dengan amalan bakal
penghuni syurga. Aku cuba insyaAllah.
Pernahkah
anda berada dekat dengan perokok? Apakah perasaan anda pada ketika itu? Sakit
hati? Sesak nafas? Itulah kesan dikelilingi perokok. Merokok membuatkan perokok
berbau tidak nyaman dan boleh menyesakkan nafas orang lain dengan asap mereka.
Ingatlah fatwa kebangsaan telah memfatwakan bahawa merokok itu adalah haram
kerana merokok membawa keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Lama kelamaan
organ-organ dalaman akan menerima kesan akibat daripada rokok. Jadi, keseronokan
merokok itu hanya sementara berbanding dengan penderitaan yang akan ditanggung
kelak. Oleh itu, jauhilah merokok dan perokok. Banyak produk di pasaran yang
boleh membantu menghentikan ketagihan rokok. When there is a will there is a
way. Berjumpalah dengan doktor agar tabiat merokok boleh dihentikan secara
berperingkat dengan cara yang betul.
Mesti
ada di kalangan kita yang suka bersukan, bukan? Terutamanya kepada kaum lelaki.
Mereka suka beriadah bersama kawan-kawan pada waktu petang. Sesudah bermain,
mereka terus ke surau atau masjid berdekatan untuk berjemaah tanpa terlebih
dahulu membersihkan diri. Apakah hukum solat dengan peluh hasil daripada
bermain tadi? Solatnya sah tentu sekali. Tetapi sekiranya bau badan akibat
peluh boleh mengganggu jemaah lain, maka seeloknya mereka pergi membersihkan diri
terlebih dahulu. Pasti ibadat menjadi lebih khusyu’ kesan daripada badan yang
wangi dan bersih.
Sekian
setakat ini sahaja dulu. Inilah ilmu yang dapat saya kutip pada hari ini. Moga
Allah redha.
JURNAL 3: MENDENGAR (ULASAN MAJALAH GEN-Q)
AHAD;
9 OGOS 2015
JURNAL
3: MENDENGAR
Pelajaran
hari ni adalah tentang mendengar. Kebanyakan daripada kita tidak mengendahkan
perbuatan mendengar. Kebanyakan manusia mengambil mudah dengan perbuatan
tersebut. Kita lebih banyak bercakap berbanding mendengar sedangkan fitrah
manusia itu berbeza sekali kerana mereka suka didengari.
Mendengar
tidak diberi penekanan yang sama sebagaimana kita memberi penekanan kepada aspek
penulisan dan pembacaan. Sesungguhnya mendengar itu merupakan perbuatan orang
yang cerdik. Apabila kita mendengar kita seolah ‘memberi’ tetapi apabila kita
bercakap kita lebih kepada ‘menarik’ orang lain.
Pada
pendapat saya, kebanyakan masalah yang wujud dalam masyarakat secara umum dan kepada
keluarga terutamanya, disebabkan oleh kurangnya perbuatan mendengar di dalam sesebuah
keluarga. Ibu bapa kurang mahu mendengar luahan anak-anak, maka anak-anak akan
rasa jauh dengan ibu bapa lalu mengambil rakan menjadi teman rapat mereka. Tidak
akan menjadi masalah sekiranya rakan yang dipilih itu rakan yang betul dan
baik, tetapi jika sebaliknya maka banyak masalah yang akan timbul. Mereka
menjadi tidak gemar untuk berkongsi dengan ibu bapa kerana mereka sudah sedia
maklum bahawa ibu bapa tidak akan mendengar apa yang mereka cuba sampaikan.
Maka ini boleh menjadi salah satu punca lahirnya kebejatan sosial.
Orang
yang tidak seimbang antara bercakap dan mendengar seperti terlalu banyak
berckap dan kurang mendengar, akan menyebabkan manusia menjauh daripadanya.
Justeru itu, banyakkan mendengar, insyaAllah semakin bertambah orang yang ingin
rapat dengan kita.
Pelajaran
yang saya dapat kutip di dalam majalah Gen-Q selain topik utama pada hari ini
adalah berkenaan dengan kemuliaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal tiba 10
bulan lagi. Oleh itu, persediaan harus bermula daripada sekarang. Perintah
wajib berpuasa ini dijelaskan oleh Allah di dalam sepotong ayat iaitu ayat ke-183
daripada surah Al-Baqarah.
‘Wahai
orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke
atas orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.’
Umat
Islam disyariatkan untuk berpuasa pada
bulan Sya’aban tahun kedua Hijrah.
Tetapi,
Allah telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk berbuka sekiranya mereka
mempunyai sebab ataupun keadaan yang kukuh untuk tidak berpuasa. Sebagai
contoh, orang yang sedang bermusafir atau sakit. Tetapi, mereka hendaklah
menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain atau dalam bahasa Arab qada’
puasa. Bagi yang mempunyai keuzuran untuk berpuasa yang boleh memudaratkannya
jika berpuasa malah beliau tidak mampu untuk berpuasa walaupun bukan pada bulan
Ramadhan, mereka hendaklah membayar fidyah. Walaupun begitu, Allah mengatakan
sekiranya mereka mengetahui, antara membayar fidyah dan berpuasa, maka tentulah
berpuasa itu lebih baik. Itulah antara isi keterangan dalam ayat yang
seterusnya iaitu ayat ke 184.
Keistimewaan
bulan Ramadhan berganda kerana dalam bulan tersebut telah diturunkan Al-Quran.
Al-Quran merupakan mukjizat paling agung kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan
petunjuk untuk sekalian manusia. Hal ini diceritakan oleh Allah dalam ayat ke
185 daripada surah yang sama.
Oleh
itu, hendaklah kita mengambil peluang yang Allah berikan untuk melakukan ibadah
dengan semaksima mungkin agar kita dapat menjadi manusia yang bertaqwa dan
diredhai Allah. InsyaAllah.
Seperti
yang kita sedia maklum, semua ciptaan Allah yang dapat kita nikmati ini sungguh
cantik dan luar biasa sekali. Setiap makhluk mempunyai peranan masing-masing dan
uniknya adalah mereka bergantung antara satu sama lain. Manusia memerlukan
tumbuhan untuk mendapatkan oksigen sepertimana tumbuhan memerlukan manusia
untuk mendapatkan karbon dioksida untuk proses fotosintesis.
Justeru,
apabila melihat kebesaran Allah hendaklah kita memujinya. Islam mengajar kita
untuk tidak lupa memuji Allah apabila melihat kebesaranNya. Kita telah diajar
berkenaan dengan sepotong doa di dalam Al-Quran daripada ayat 191 surah Ali
Imran yang berbunyi:
“Rabbana
Ma Khalaqta Haza Batila, Subhanaka Faqina Azabannar”
Pujilah
Allah setiap masa bukan sahaja ketika melihat kebesaran penciptaanNya sahaja kerana
antara penciptaanNya yang paling agung begitu dekat dengan kita iaitu diri kita
sendiri. Subhanallah.
Selain
itu, saya begitu tertarik dengan sebuah kisah yang memberi inspirasi berkenaan
dengan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Zaid Al-KhaiL. Apabila
beliau memeluk islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada Zaid Al-KhaiR.
Sebagaimana namanya begitulah orangnya. Saya kira agak panjang untuk menukilkan
kisahnya di dalam warkah pendek saya ini. Jadi saya menulis beberapa kata kunci
berkenaan dengan beliau agar melalui kata kunci tersebut dapat membantu saya
mengingati kisah beliau.
Antara
kata kunci kisah beliau ialah:
1) seorang
pemilik kuda
2)
seorang lelaki daripada bani Amir
3)
kemarau
4) keluar mencari rezeki untuk membantu
keluarga dalam musibah tersebut
5)
terjumpa sebuah khemah milik ayah kepada Zaid
6)
100 ekor unta diketuai oleh seekor unta jantan
7)
kekenyangan
8)
tidur nyenyak
9)
lelaki tersebut mencuri unta jantan, tetapi unta-unta yang lain mengikutinya
10)
Zaid berjaya temui pencuri tersebut
11)
tidak menghukum pencuri tersebut malah menolongnya mendapatkan unta kerana
beliau akan berperang dan akan memberikan harta rampasan perang iaitu unta
kepada pemuda tersebut apabila beliau menang
12)
mengucap syahadah apabila sampai di Madinah setelah mendengar khutbah Rasulullah
‘Aku lebih baik drpd kuda yang kamu sembah’
13)
meninggal tidak lama selepasa keislamannya
Berkata
Rasulullah SAW, Zaid ini mempunyai dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu
SABAR dan SOPAN. ALLAHUAKBAR!
Sekian.
Thursday, August 25, 2016
Mata kering - dry eye - my opinion
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Just to share an article written by me about dry eye:
There are many factors contribute to dry eye. Among the factors are
contact lens wear, aging factor, medication and climatic condition.
In contact lens wear, it is a challenge for the tears to support not
only the anterior segment of the eye but also to support contact lens surface.
Dry eye is commonly associated with contact lens wear because of the
interaction between contact lens and tear film. If a contact lens wearer has
problem with blinking such as incomplete blinking and infrequent blinking rate,
it will worsen the dry eye problem while wearing contact lens. Hydrogel lenses
also can cause dryness as it loses its water content with wear. Try to give
counselling to the patients about blinking skills and habits or reduce the
symptoms by using tear lubricant.
Aging also can be a major factor that leads to ocular dryness. As
we age, our body produces fewer tears than when we are younger. Older adults
are susceptible to lacrimal gland dysfunction especially in elderly women.
Secretory function of the lacrimal gland is regulated by androgen. Since women
have lower levels of androgen compared to men, therefore more prone to get dry
eye disease as they aging. Besides that, menopausal women develop lower level
of estrogen which is a hormone that stimulate meibomian glands and help to
regulate ocular surface homoestasis.
Together, androgen deficiency and estrogen decrease lead to inadequate lacrimal
gland secretion which causes elderly women at higher risk of developing dry
eye.
Dry eye also can occur as a result
from the use of medication. For example, anti-histamine, diuretics, antimetabolites
that frequently used in treating rheumatoid athritis or anti-depression drug. These
are all drugs that commonly prescribed in older patients. These medications
will lower the production of tears.
Exposure to smoke, wind and dry
climates can increase tear evaporation resulting in dry eye syndrome. Years of
exposure to bright sunlight can lead to meibomian gland dysfunction with
evaporative dry eye. Air conditioning especially direct exposure to it is a
factor that can contribute to dry eye problem.therefore, for those with dry eye
problem must try to avoid air-conditioned room or room with huge ceiling fan.
There are treatments to dry eye
problem. Usually, the standard care therapy is with aritficial tears,
antibiotics and steroid. For mild dry eye, lubrication with artificial tears is
enough to reduce the symptoms. Any environmental factors should be minimized to
avoid evaporation. If having dry eye, try to avoid from taking any medication
that can exaggerate the problem besides avoid from wearing contact lenses for a
certain period until the tear film re-stabilize.
p/s: In this article, I am not included the references because totally forgot to note the references.
Hee. Anyway, you can just google to get more details about dry eye.
Thank you.
Monday, January 25, 2016
Jod-doh
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.....
JODOH
Sebenarnya aku tak berapa suka
sangat untuk cerita pasal tajuk ni? Tau kenapa? Sebab seringkali kecewa. Hahahahahaha
(Gelak banyak). Ini kali kedua aku berbicara soal ini di sini.
Ramai orang berfikir, mencari
jodoh itu biarlah yang mempunyai rupa, biar papa asal hensem, biar tak
berakhlak mana asal hensem dan lain-lain. Dan tidak kurang juga yang salah
faham terhadap diri aku dengan memandang bahawa aku melihat kepada rupa dan
bukan budi dan agama.
TIPU!
Semua itu adalah FITNAH buat diri
aku. Pernah dengar kenyataan begini tak? Beauty is in the eye’s of the
beholder.
Aku takkan pernah jatuh cinta
kalau sekadar rupa. Kalau sekadar rupa sahaja yang aku tengok sebagai kelayakan
untuk aku menikah dengannya, pasti, sudah berapa ramai lelaki yang aku telah
jatuh cinta dan berharap untuk menjadi ‘permaisuri’ (permaisuri la sangat haha)
di hatinya.
Kebiasaannya, memang rupa antara
kriteria yang kita akan tengok sebab seumur hidup muka tulah yang kita akan
pandang. Aku tak nafikanlah. Tetapi, untuk diri aku, aku ni jenis yang susah
nak cakap ‘orang-orang biasa’ (bukan artis lah maksud aku) ni hensem. Biasanya aku
akan cakap ‘Bolehlah’. Hahaha. Memang susah nak cakap seseorang lelaki tu
hensem. Sebab untuk lelaki itu hensem bagi aku, aku suka untuk tengok daripada
keseluruhan aspek. Bukan pada rupa semata-mata. So, it is very difficult bila kita first
time tengok terus nak cakap hensem. Dan kalau dia hensem sekalipun, cukup
sekadar terlintas di hati cuma sekali. Kerna aku tahu untuk menghabiskan seumur
hidup dengan seseorang, paras rupalah yang paling bahaya kalau takat tu je yang
kita tengok.
Dan biasanya kalau aku suka
seseorang tu, aku tengok banyak aspek. Keluarga dia, perangai dia, perangai dia
di media social, cara dia berinteraksi dengan berlainan jantina, cara dia
berinteraksi sesame jantina, bahasa yang dia guna (kasar ke, galok ke, mencarut
atau tak), semua itu kita kena perhati dan korek.
Aku suka lelaki yang nakal,
peramah, kelakar, cakap banyak. Semua kriteria yang aku sebut ni yang opposite
dengan diri aku. Sebab tu lah. Biasanya kita akan suka dengan yang opposite, ye dok?Kriteria yang aku paling suka ialah yang jenis
nakal. Haha. Pelik je rasa taste kita. Dia mestilah lebih tinggi daripada aku,
tak kecik sangat, taklah besar sangat, kulit tak nak dah la yang putih-putih,
nanti kontra sangat dengan aku yang hitam ni. Umur, aku harap tua setahun dua
ok lah.
Ni impian aku je, haha, tak
semestinya kita akan dapat seperti yang kita mahu. insyaAllah berkat doa aku
dan ibu bapa, aku dapat lelaki yang baik akhlak dan agama, tak mudah marah, sabar dengan
keloqlaqan aku, dan melengkapi aku lah since of course he is not perfect
and I am as well.
Aku pernah ada jugak cita-cita
nak kahwin dengan lelaki yang biasa-biasa sahaja tidaklah terus kahwin dengan
yang berharta, kenapa? Kenapa? Sebab aku ingin susah senang dengan dia. Nak bina
kehidupan bersama. Ceewaaah. Bunyi dia macam poyo. Tapi, kalau Allah
anugerahkan lelaki yang dah punya harta, entahlah hahaha. Malas nak pikir plak.
Yang penting tahu ukur baju di
badan sendiri. Dengan kriteria yang disebut di atas, aku tak nak lah yang
hensem sangat, cukuplah dia hensem bagi aku. Beauty is in the eyes of the beholder, kan. .
. . tetapi selama ni pun yang aku suka, yang hensem bagi aku lah kan..
Kita pun bukannya cantik sangat
kalau nak yang hensem.
Tetapi buat masa sekarang, hati
aku nak focus kepada pelajaran dulu. Selain, tidak ada orang pun yang nak kat
kita kan. Sad. Haha. So, bila dah banyak kali gagal ni, kita ork la dulu. Sampai
satu masa sampai jugak dia. Aku harap satu je, aku berkenanlah dengan dia. Tak terbayang
kita nak kahwin dengan lelaki yang kita tak berapa tahu sangat pasal dia dan berkenan? *can I say
that?* Tapi, bila dah memang orang tu jodoh kita, pasti kita akan berkenan punya, insyaAllah.
Cuma apa yang aku harapkan ialah 'Moga tak tersalah pilihan' (macam dalam lagu 'Nur Kasih - in-team). Moga-moga tak, Amiin.
Cuma apa yang aku harapkan ialah 'Moga tak tersalah pilihan' (macam dalam lagu 'Nur Kasih - in-team). Moga-moga tak, Amiin.
Sebab tu taaruf tu penting. Ok lah
tak nak dah suka orang dulu, tak nak dah menyimpan perasaan kat sapa-sapa lepas
ni. Cukuplah pengalaman lalu mendewasakan.
He will come, but, please not
now. Hahaha.
study dulu,noh!
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)



