Tuesday, 3 July 2012

'SKILL TEST and THE TRUTH BEHIND IT'.

Assalamualaikum..

Tiba-tiba bila bangun pagi ni dapat idea nak 'update' blog ni pasal apa. Hehe..

Cerita yang saya nak sampaikan pada entri kali ini, sesuai dengan tajuk di atas, 'SKILL TEST and THE TRUTH BEHIND IT'. Haha.. Rasa macam suspen je bila ada 'THE TRUTH' di belakang tu.

'Skill test' setakat ini merupakan 'test' yang paling mencabar kerana kami diberikan masa untuk mengaplikasi setiap teknik yang dipelajari. Kalau masa tahun ketiga nanti, (sekarang ni tengah cuti, jadi, kita guna NANTI) kami dikehendaki untuk mengaplikasi semua teknik dan mesti atau wajib siap semua 'test' dalam masa dua jam. (Giler ah!) Sangat memerlukan 'skill' yang mantOp!

Pada 12 Jun 2012 yang lalu, tarikh keramat buat kami budak opto. 'Skill test' yang diadakan di Klinik Mata UIA di Jalan Hospital Campus.

Gambar ni saya curi (Hehe.. pinjam-pinjam)


Saya telah dipasangkan dengan Fazril Akmal bin Azali. Buat pertama kalinya saya bekerjasama dengan Fazril. Tak tahu orangnya macam mana, tapi saya tahu kehebatan 'skill'nya macam mana. Huhu.. kebetulan pada hari kejadian, Fazril tak berapa sihat. Dia cakap, nak kata dia demam,tak,nak kata tak demam pun tak. Haha.. Entahlah.
Terdapat lima stesen kesemuanya dan setiap stesen dijaga oleh seorang 'lecturer'.

Sebelah kiri tu Fazril


FIRST STATION: SLIT LAMP (MADAM FAIZAH)
SECOND STATION: BIO (Binocular Indirect Opthalmoscope) (BRO AFZAM)
THIRD STATION: TONO (BRO HASRUL)
FORTH STATION: KERAT (BRO MUZI)
FIFITH STATION: VF (SIR ZUL)

FIRST STATION: SLIT LAMP


Setelah nama dipanggil, kami semua bergerak ke stesen masing-masing. Sebelum itu, kami semua sudah diberikan sehelai kertas. Kertas tersebut merupakan rujukan bagi pusingan stesen, nama 'lecturer' dan waktu kami harus bergerak ke stesen-stesen seterusnya.

Kami terpaksa tunggu beberapa minit di luar stesen sebab Madam Faizah belum datang. Bila disuruh masuk je, Madam Faizah terus membahagikan tugas, dan yang membuat saya bertambah debar ialah 'madam' suruh saya yang 'start' dulu. Kalau ikut dalam kertas yang diberi, setiap stesen Fazril yang akan jadi 'examiner' dulu, dan saya kemudian. Tapi, nak buat macam mana kan, ikut 'lecturer' la nak buat macam mana pun.

Saya dikehendaki untuk mencari:
1) Lens
2) Cornea
3) Iris
4) Tear film

Ni je kot, setakat yang saya ingat. Hehe..
Saya sempat mencari lens, cornea (guna teknik 'sclerotic scatter'), dan tear film. Iris, hehe, dok dang la.

Masa saya nak 'start' tu, tiba-tiba je 'madam' keluar. Saya pun apa lagi, 'time-time' 'lecturer' keluar ni la kita nak ambil kesmepatan. Huhu.. Saya mula dengan basuh tangan dulu. Sempat lap-lap tangan, duduk atas kerusi, tiba-tiba 'madam' pun masuk balik.

Madam masuk terus je tanya:
Madam: Have you wash your hands?
Me: Yes, madam.
(Fuhh! selamat. Kalau tak ingat basuh tangan boleh 'autofail' tau?Sia-sia je.)
*autofail = automatik fail

Madam yang banyak bagi arahan, contoh:
Madam: Find tear film.
Me: (dalam hati: nak je tanya, tear film tu, yang tengok 'debris-debri's tu ,kan?Haha.. Tengah 'exam' la, mana boleh tanya.)
Saya pun buat la memandai je,
I used parellelepiped, the illumination system is 60 degree from the observation system, high illumination (sikit) and medium magnification.

Tear film was the first structure I needed to find. After that, madam said:
Madam: Find LENS.
Me: (Alamak, macam mana ni? Lens is the most hard-to-find strucuture. Dah la dulu ada 'history' dengan madam, tak jumpa cari lens! TIDAAKKK!!!)
Saya pesan kat diri sendiri, bertenang, buat COOL je, insyaAllah.)

Dan Alhamdulillah, I passed. Hehe..
Tak adalah nampak sangat lens tu sebenarnya, sebab lens ni macam nasib je kut kalau nampak. Madam asked me to adjust the maginification and illumination, so that the view of lens was clearer. Tak clear jugak lah madam. Nak buat macam mana.

Tiba-tiba, loceng berbunyi. Ok, I needed to stop.
*di dalam hati, masa tu tak fikir fail ke apa, just buat apa yang perlu buat, buat sehabis baik.
Dahlah tak sempat nak cari iris,hmmm, tak pelah. Madam macam tak kisah je. Errrkk...

Tiba-tiba je madam cakap madam akan bacakan satu soalan. Aik? Ada soalan? Terkejut jugak saya. Takut-takut la tak boleh jawab kan? Hehhe..

Soalan yang saya dapat:
Madam: (Lebih kurang la. Kalau sebijik nak cari manne?Haha..)
If a person has corneal edema, what technique to use in order to diagnose it? (Macam gini kot. Haha.. Entahlah)
Me: Optic section. (*dalam hati: Apa lah optic section! Boleh ke optic section tengok corneal edema? Wuuuu. Haha..Optic section can be used to observe stromal edema not corneal edema. We want to observe corneal edema generally not specifically. Ok, salah! Saya pun betulkan balik.)
Eh,Sclerotic scatter.
Madam: Ok, show me how to use sclerotic scatter.
Me: (Bung bang bung bang,siap!)

Kita pun explain la sikit sclerotic scatter tu macam mana, How can we diagnose that the person has edema and so on la. Hehe.. My answer was correct! Lagi sekali selamat! Alhamdulillah.

Selepas tu, giliran Fazril. Seingat Fazril, dia kena buat 'eyelid inspection', TBUT, gland and answer question. Mula-mula tu,dia kena buat benda lain, tapi, sebab saya ada dry eye, madam suruh dia buat TBUT  kat saya. Dia pun lulus. Sebelum keluar, 'madam' cakap: Ok, both of you pass! (I was very very happy!) ^^

SECOND STATION: BIO


Stesen yang paling mendebarkan. Sebab musababnya ada forth year students (Abang Zul, Abang Faiz, Abang Naim, Abang Izzul dan Kak Dayah) selain Sir Afzam di situ. Ketar lulut saya duk dalam cubicle tu. Sir had provided us with many lens with different power. So, here we needed to choose correct lens power. Must remember this! Silver ring should always face the patient, not the examiner. Please bear in mind. While the correct lens power is plus 20 D.

The obstacle during BIO was to wear the opthalmoscope itself on our head. Dahlah sekali je dalam seumur hidup pernah sentuh benda tu dan dahlah main-main dalam lab. Dahlah sebelum test, belajar teori je. Tak terbayang saya macam mana nak pakai benda alah tu dan macam mana nak adjust benda tu biar muat kat kepala betul-betul. Haih! Masa test tu,saya pusing je la butang-butang yang ada, yang mana boleh saya pusing asalkan benda tu melekat kat kepala. SUSAH! S-U-S-A-H!

Hampir dua ke tiga minit kot, saya nak boleh pakai ke benda tu saje. Saya letak atas kepala, lepas tu, buang balik, pakai balik, buang balik, serba tak kena je. Haha. Tiba-tiba:
Sir: Two minutes passed.
Me: (dalam hati je mampu: Hah! Macam mana ni? Tibai je la. Pakai je la macam mana pun)

Dahlah baiki PD tak buka lampu pun. Letak jari kat depan, kenyit mata kiri, baiki PD dan ulang benda sama untuk mata kiri. Lepas tu, ulang untuk binocularly pulak. Apa cer la ni? Orang terengganu kata: KOMANG la. Hahaha..

Masa buat tu, dengan kaki yang tak berhenti-henti ketarnya, saya mulakan pencarian dengan mencari optic disc. Bila guna BIO ni, kita tak boleh tipu. Sebabnya orang kat luar boleh nampak apa yang kita nampak sebab ada cermin kat kepala kita. The mirror helps other people, let say, patient's family members to view the posterior part of the patient's eye. Mula-mula tu kabur sangat. Saya pun perasan. Abang Faiz had volunteered to be my subject on that day. His eye was absolutely normal, but I said his eye was having smaller cup. Bantai je. Haha. Padahal, duk ke ralik tengok optic disc tu sampai lupa apakah perkara-perkara penting yang kena 'inspect'. Abang Naim had asked me to make the view clearer. I tried by increasing the distance between lens with the patient's eye. Yeah! I did it! I managed to get the view clearer! Alhamdulilah.

When I had finished, sir asked me:
Sir: What is the first thing to observe in order to know whether a patient has abnormalities or not? (ayat tak macam sir langsung! Ayat sir canggih sangat lagi)
Me: Optic disc. (Haha.. Salah jawab lagi)
Sir: (He repeated his question)
Me: Oh, red reflex! When there is red reflex, it shows that the media is clear. Without clear media, we are not able to see the red reflex means that him/her has abnormalities (whether at lens or chamber of humor)

Jawapan TEPAT!

Next, question from Abang Naim:
Abang Naim: What do you observe? Tell me the important features.
Me: (Dipendekkan cerita, saya pun cerita la cup disc ratio yang entah apa-apa. Ada ke cakap 0.5? Sebab saya nampak cup and disc dia kecil sangat. Haha.. Tembak tu biarlah logik sikit.)

Then, they asked me, what is the normal value for cup and disc ratio horizontally and vertically.
Semua orang tahu ini, 0.3 at horizontal and vertical.
Tapi, saya tak dapat jawab the vertical ratio untuk cup disc Abang Faiz. Hehe.. Tak sempat nak tengok sebenarnya.

When Abang Naim asked me the vertical ratio, I took me long time to give answer and sir added:
Sir: Ke awak tak sempat nak tengok vertical ratio?
Me: (Iye kan aje lah).. Hmm,, yes. (Hehe..)

Sir asked Abang Faiz to give comments on my skill. Alhamdulillah, Abang Faiz gave positive comments. I was so rilieved. ^^


p/s: To give answer and do it in front of many people really make me nervous.

Then, sir asked me to complete my answer sheet outside.
Fazril turn.

I did not know whether I passed or not, but at least I had answered the questions correctly then.

Tunggu la saya kat luar sementara Fazril kat dalam pulak. Sementara sedang mewarna kat luar tu, ada la kawan-kawan saya daripada grup pertama, datang bertanya dan nak bagi tips. Alih-alih tak sempat nak bagi tips pun sebab Madam Wafirah datang. Hahaha.. Tak pe lah tawakkal je.


THIRD STATION: TONOMETRY


Ramai yang bagi nasihat Brother Hasrul ni macam ni-macam ni. Brother Hasrul suka teknik macam ni-macam ni kalau nak buat tonometry. Pening! Tapi, pagi tu, kawan-kawan semua cakap buat je mengikut  apa yang kita dah belajar. Ok! ;)

Fazril mula dulu. Selepas itu,saya. Tonometry ni saya boleh gredkan diri saya dengan gred 1. Alah, kesian. Banyak lagi sebenarnya Biha kena belajar. Seriously!

I am not really satisfied with my skill in tonometry. A lot more to improve and learn. Chai-yok! ><

Soalan yang diberikan oleh Brother Hasrul kepada saya dan Fazril macam terbalik macam tu je.

Ini soalan untuk Fazril.
Brother Hasrul: If cornea is thick, so the pressure would be low. Yes or No?
Fazril: (Sambil tengok kat saya sebelum menjawab soalan) No.
Brother Hasrul: Main tengok-tengok kawan ni,saya bagi kosong dua-dua kan baru tau.
Me: Saya ingat soalan tu untuk kami berdua. (*Saya cakap kat sir .Haha.. Tak tahu la sir dengar ke tak. Nyaris-nyaris sir nak bagi kosong. Huhu..)

Selepas saya habis, (sebenarnya saya buat bapak lambat! Sampai sir gesa saya suruh siapkan cepat. Hehe..)
Sir tanya soalan sama kat saya tp, 'modified' sikit je.

Sir: If cornea is thin, the pressure would be low. Yes or No?
Me: Yes.

Nasib baik la, dengan orang yang baru gred satu ni, mata Fazril selamat je masa tu. Takut juga kalau-kalau saya tekan kuat sangat kat mata dia.


FORTH STATION: KERATOMETER

Lebih kurang macam ni la.

Yang ni saya boleh katakan sangat kelakar. Masuk-masuk je, sir tanya:
Sir Muzi: Ok, who starts first?
Fazril: (sambil tunjuk-tunjuk kat saya)
Sir Muzi: Eh, mana boleh main tunjuk-tunjuk gitu, ikut yang macam dalam kertas la
Me: (Fuhh! Nasib baik)

Sir pun buat macam main kad gitu. Sir held six laminated paper. We were asked to choose one of them. I chose third paper and Fazril chose second paper. He asked us few questions about the paper. Begin with Fazril.

For my turn, sir asked:
Sir Muzi: Which part on the corneal map is flattest?and give reasons  to your answer?
Me: The blue is the flattest. (Sambil jari telunjuk menunjuk ke arah yang warna biru kehijau-hijauan)

Sir turned to Fazril. Why?
Fazril bagilah alasan apa-apa yang saya pun tak ingat dah.

Now, my turn.
Sir: You? What is your reason?
Me: Blue is the flattest because here is the weakest power.
Sir: Weakest power mean?
Me: Flattest.
Sir: Flattest mean?
Me: Not steep
Sir: Not steep mean?
~Saya terus di'provoked'~Haha..
Me:Hmm,, (dalam kepala: sir nak jawapan macam mana ni?)
Flat (Ada ke ulang jawapan sama. Haha)
Sir: Flat mean?
Fazril (datang menyampuk memberikan jawapan bernas): Flat mean power kurang situ.
Sir: Yes, right.
Me: (dalam hati: tu ke jawapan yang sir nak? *saya kehairanan. Haha..)

Selepas itu barulah kami dibenarkan untuk mengakses mata masing-masing bermula dengan Fazril. Selepas Fazril buat, sir terus 'check' bacaan Fazril sama ada bertepatan dengan bacaan di 'instrument' tersebut. Sambil-sambil sir 'check' tu, saya ambil kesmepatan untuk kira dulu senggat di alat itu.

Ada beza sebanyak plus minus 0.50 antara bacaan Fazril dengan bacaan sir.

Sekarang giliran saya pulak. Saya punyalah ambil masa yang sangat-sangat lama untuk mengira. Alamak, terpaksa padam balik jawapan sebab salah tulis. Sepatutnya bacaan diambil dari atas ke bawah, saya pula buat sebaliknya. Tempah maut je. Dahla masa nak meng-'adjust' alat tu bukan main lama lagi. Siap sir cakap lagi:

Sir: Mana ni tak siap-siap lagi?

Haha.. Pengalaman-pengalaman.

Sempat lagi saya jawab:

Me: Fazril ni sir,mata dia.............(ayat tak habis)
Sebabnya mata Fazril kejap-kejap pandang kat lain (mungkin sebab dia tak sihat kot). How many times I asked him to focus. Haha.. *Tak marah pun

Fortunately, my answer was correct. ^^

Kami keluar dari bilik tu dengan tanda tanya juga. Lulus ke tak ni? Tak sempat nak fikir sangat pun.


FIFTH STATION: VISUAL FIELD (THE LAST STATION)

Ni lah alat tu.

*Akhirnya sampai jugak sini

Di sini Sir Zul yang jaga. Saya tak tahu sangat nak guna alat tu. Bergantung kepada teori yang sempat Fazril ajar sebelum sesi grup kedua bermula.

Saya nak pendekkan cerita je. Saya tak ingat nak tutup lampu. *AUTOFAIL!!!!!
Tapi, sir cakap, sir nak bincang dulu dengan lecturer lain sama ada nak consider atau tidak.

Ok, tak pe lah. Nak buat macam mana. Saya benar-benar lupa.
Padahal sebelum tu, Fazril dah buat kat saya. Saya patut ingat la kan. Tapi, tak. Hehe..


Sesi saya selesai pada pukul lebih kurang pukul 2. Tetapi, sebelum kami benar-benar dilepaskan, kami dikehendaki untuk berkumpul di satu bilik (tak ingat nama bilik tu sebab jarang pergi klinik). Kami menunggu Madam Wafirah di sana sebab madam akan bacakan siapa yang lulus dan siapa yang tak.

Berdebar jugak masa tu, kut-kut la kena repeat Visual Field. Tapi, repeat pun boleh learn from mistake and maybe I can do better. Alhamdulillah, saya lulus semua. Fazril kena repeat kerat sebab beza 0.50 tadi.

Apa-apapun SYABAS kepada semua rakan-rakan saya. Hanya Allah dan kami je tahu macam mana rasanya kena hadapi 'SKILL TEST' ni tanpa praktis yang cukup.








No comments:

Post a Comment