Sunday, September 9, 2012

First day sem 1, 2012/2013 session

Assalamualaikum..

Tengok tajuk berdebar rasanya. Huhu..
Terlalu banyak yang terjadi semalam membuatkan emosi aku sedikit terganggu. Semalam bila ye? Semalam 8/9/2012 aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan, IIUM terchenta. (Terchenta lah sangat kan? Padahal aku langsung benci dengan sistem UIA). Sudah nasib badan apa boleh ku buat.

Selain permulaan cutiku 3 bulan yang lalu menambah gores di dalam hatiku, begitu jugalah hari pertama sampai di UIA Kuantan.

Nak kata semalam adalah hari malang, aku sangat takut kerana perancangan Allah itu kita tidak tahu. Walaupun terluka, sedih dan sebagainya, perancangan Allah tetap yang terbaik. Setiap sesuatu itu berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Walau apa pun yang berlaku, aku akan masih tetap memaafkan diriku ini.

Semuanya gara-gara sistem buruk yang dilaksanakan oleh Mahalah Ofis. Kami terpaksa berpenat lelah mengangkut barang dari tingkat 3, turun seterusnya naik ke tingkat 3 balik. dan bla bla bla.

Bermulanya sem ini, bermulalah perpisahan antara kami student opto 3rd year. Tragis je rasa (OVER sebenarnya). Kami berempat berpisah daripada 8 student opto yang lain. Kami di level 3 blok M4, mereka di M3 level 1 dan 2.

OH, kawan-kawan opto yang kusanyangi,
............................................................................................................................

REDHA  itu lebih berhak berada di tempatnya sekarang. Amin.

Lepas ni, aku nak telefon ma pulak. Takut ada, rasa bersalah sikit ada, hmmmmm..

Hopefully she is being alright and mujhe bhi.

Every cloud has has a silver lining. =)

Smile for tomorrow! Esok start kelas pertama. Mass lecture gabung dengan audio students.

Dear Mahalah management systems,
I hate you very much!

However,
I am still being grateful as I have a place to stay. Study well and control your emotion and be matured. Hua! Hua! Hua!

No comments:

Post a Comment