Monday, 17 September 2012

spec pertamaku =)



Assalamualaikum wbt

Pada 14 sept lalu, aku dan rakan sekelas masa lab opthalmic optics and dispensing 2, kami di kehendaki untuk potong spec. Inilah pengalaman pertamaku potong spec. Hihi. Menarik!

Dalam debar, kami sangat 'excited' untuk potong spec. Aku dapat spec yang agak senang untuk dipotong. Walaupun aku potong former untuk frame spec tu agak besar, terpaksa asah juga la former tu nak bagi muat masuk fram spec tu. Huhu.

Aku buat lens untuk mata kanan dulu. Alih-alih tak jadi. Ceh! Sedih giler. Sabar je la. Sebab tinggal satu lagi lens untuk mata kiri. So, I just proceed to left eye first. Alhamdulillah, yang left eye tak ada masalah langsung. Aku buat perfect! (Koya)

Sebab tak sempat nak siapkan kedua-dua belah mata, jadi kami sambung petang hari tersebut. Untuk mata kanan tu aku buat sampai tiga kali baru jadi! Lega! At least kali yang ketiga dah ok! ;)

Untung kami tak perlu bayar untuk lens-lens yang tak jadi tuh. Huhu. Thanx a lot to bro Yop! Brother Yop, Brother Azman dan tak dilupakan Sir Skar yang buat pertama kalinya mengajar kami! Hehe.

Buat pengetahuan semua, aku tak ingat langsung nak 'capture' gambar spec pertama aku tu. Rugi giler. So, aku sematkannya di dalam hati sudaaa. Haha.


In our first lab, we need to cut single vision full-framed spectacles. Nice-ah!
Lepas ni banyak lagi spec-spec yang kena potong. Pastinya penat (p/s: berpeluh-peluh juga nak siapkan spec ni). Hope for better tomorrow and luck next time!



No comments:

Post a Comment