Saturday, September 10, 2011

1st day 1st sem 2nd year..fuuhh~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Tengok title pun dah tahu yang CUTI lima bulan dah habis!!!!
HARI INI, hari yang paling 'bermakna' sebab 'impian' nak balik ke Uia tercapai jugak akhirnya..hahahaha (gelak jahat)

Hari yang sangat meletihkan. Terpaksa angkut barang dari tingkat 4 M1 ke tingkat 3 M5. Bapok jauh!
Saya terpaksa tukar dari kasut tumit tinggi kesayangan kepada kasut yang bertumit rendah je. Ok, sebenarnya tak ada tapak langsung. Dah nama pun nak angkat barang-barang berat,kan? Mencabar diri sendiri je kalau angkat barang-barang berat pakai kasut tumit tinggi. Giler la terer! Huhu..

Alhamdulillah, semua barang habis diangkut, so esok saya boleh rehat. Tapi, kawan-kawan ajak jamu makan kuih raya la esok. Saya pun ada bawak kek coklat untuk diorang ni. Bagi diorang habiskan semua. Senang cerita.

Perkara yang paling mengkagumkan ialah kesungguhan mak dan ayah saya yang dah berumur tu tolong angkat barang-barang. Memang touching la! :(
Itu sebenarnya fitrah yang telah Allah letak dalam diri ibu bapa kita bermula saat kita dilahirkan, eh, tak la, bermula dari saat mereka tahu mereka bakal bergelar ayah dan ibu lagi iaitu sifat belas dan kasih kepada anak-anak. Kalau tak, kan, tak terbayang macam mana seorang bayi itu nak survive sendiri. Allahuakbar!!

Tadi, tak tahu kenapa, sedih saat masa nak berpisah dengan mak ayah. At least, biasanya saya sebak je. Mana pernah nak nangis-nangis depan-depan orang ni..haha..
Tapi, sungguh saya kata. Sayalah orang yang agak susah nak keluarkan air mata depan orang. Mungkin hati ini dah jadi lembut, kot?haha *tapi,dulu keras ke??
No answer,ok!

Untuk sem ni yang penting saya nak kekalkan saya punya GPA untuk sem lepas. Dan harapan saya jugak supaya stamina saya kuat. Al-maklumla orang kurang bersenam..heeee~ (tunjuk gigi dua baris)
Klinikal mungkin menuntut stamina yang kuat, so sebab tu la saya harap sangat Allah bagi kekuatan kepada saya berbekalkan keberkatan doa, insyaALLAH daripada ibu bapa saya.


Sem ni, bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar optometri yang SIBUK! S-I-B-U-K!!
Yang saya takut sekali: KLINIKAL! Macam mana ye nanti?? Sabar dan solat dan tunggu~~

Nak rehat dah,tapi nak telefon mak ayah dulu..
Cau! n_n

No comments:

Post a Comment