Monday, 5 September 2011

Jadik budak 1st-year~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum

Ok, tak rasa nak tido. Tengah semangat nak tulis blog. (Mentang-mentang la baru stat blogging..huhu)

Post kali ni pasal my life as a 1st-year student kat sini. Sini? Mana? Uia lew.

Hidup sebagai student 1st-year tak ada la rasa susah sangat. Boleh lagi enjoy. Kerja pun tak berlambak lagi.
Banyak pengalaman-pengalaman yang entah apa-apa pun ada. Antara yang saya ingat la; topi keledar kena CURIK, SESAT kat dalam bandar Kontan, first time naik motosikal TAK RETI nak isi minyak (hoho), 1st time disentuh oleh lelaki bukan mahram (yeye la sangat kan) atas sebab belajar- rasa macam SHOCK kot! padahal lepas ni banyak lagi (Istighfar-istighfar: niatkan sebab menuntut ilmu), jadi patient CL untuk student final year dan banyak lagi la!

Ok,, bila-bila dapat idea nanti saya edit balik * boleh plak!
Tenang-tenang aje ok! ^^

Tiba-tiba dapat idea! Ting!

Paling SUSAH buat saya ialah nak adapt dengan kenalan baru. Nak buat macam mana kan? Dah STYLE nya lagu tu. Nak-nak pulak diorang semua ni lebih tua dari saya. Lagi la rasa macam kejanggalan berganda,kan? Kita bila dengan orang tua ni respek nya lebih sikit. Takkan la nak layan macam kawan-kawan sebaya jugak, kan? Tapi nampak gayanya macam kena buat macam tu aje. Haish, susah jugak ni. POSITIVE-POSITIVE ++

 Kalau nak cerita pasal kehidupan setahun kat sini, tahun depan belum tentu habis kot.
Jadi, saya buat kesimpulan je la. Ada semua rasa (tak main la tiga rasa ni)
MANIS, PAHIT, MASAM, MASIN, KELAT, TAK ADA RASA

Nak kata saya SUKA tu tak la sangat kan. Tapi, bila dah duduk belajar dalam kos ni rasa macam kami satu keluarga yang besar.
Dengan tagline:
"FAMILI FAR FROM HOME" heeee~

^_~

No comments:

Post a Comment