Monday, September 5, 2011

I 1st day I IIUM (kontan)~

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum



Ni nak habaq mai sal idop kat Uia Kontan lak.
Sebelum ni dah jenuh dah menaip pasal kehidupan di CFS,Petaling Jaya.

Masa dapat surat tawaran tu, memang terkejut sangat-sangat sebab pilihan PERTAMA optometri, alih-alih dapat RADIO! Punya la tak nak radio tu sebab takut belajar fizik yang berbelit-belit tu.

Tetapi, RUPA-RUPANYA semua students Allied dapat Radio. Semua dapat surat tawaran 'palsu' yer. haha.. Buat orang kelam-kabut dan gelabah je. Rasa macam dah nak menangis dah sebab dapat radio punya pasal. hehe

Alhamdulillah, selepas dapat surat tawaran sebenar tu, punyalah hepi kan tahap cipan. Dapat jugak pilihan pertama, iaitu OPTOMETRI yang disayangi (??) haha..sayang la~huhu
Rasa macam takut jugak tak dapat optometri tu, sebab kos lain memang tak minat. Dah la di interview oleh Hod Opto sendiri masa tu.

How's my first day kat Uia?huhu

OK la sebab kawan baik sama kos kan. Tak ada la rasa kesaeorangan sangat. Tapi, serius!! Langsung tak kenal sape-sape selain kawan baik saya tu. Bila tengok orang ni-orang ni, kita tertanya sendiri dalam hati : Orang ni 1st year ke? Asal nampak tua aka matang sangat je? (bajet la kita nampak cam MUDA sangat la kan..hakhak)

Masa 1st day tu biasalah kan sesi taaruf ni. Mula-mula sesi taaruf bersama dengan staff Opto, selepas itu, sesi perkenalan sesama akak-akak dan abang-abang senior pulak. Masa sesi taaruf dengan staff ni, saya (yang selalu je 'kekurangan ingatan' ni) cuba sedaya upaya nak ingat terus walaupun bukan semua, nama-nama staff Opto.haha
Rasanya tak berjaya pun.haha
p/s: at least ingat la nama HOD kan (ntah apa-apa)

Tak nak cerita lebih-lebih. Saya pun bukannya ingat secara detail sangat. Masa tu la sesi perkenalan pertama dengan kawan-kawan. Sambil-sambil diorang nak memperkenalkan diri kepada staff tu,saya  try la hafal sikit nama kawan-kawan. hehe..Jenuh kut nak ngapal nya. Al-maklumla kan~

Selepas itu, sesi dengan senior-senior pulak. Dikendalikan oleh (nak sebut ke namanya?hmmmmm) ada la seorang bro senior ni. Student 4th year.
p/s: kalau kawan-kawan Opto baca mesti tau sape kan?

Bro ni agak fames sebenarnya kat Uia. Alih-alih ex-student TJ jugak. Time saya form1, bro ni form5, so tak sempat nak kenal pun.

Diorang ni memang giler semangat bagi semangat kat kitorang. Suka cakap yang mula-mula belajar memang rasa macam payah. Tapi, lama-kelamaan Opto ni jadi macam 'spotlight'(??) Saya terfikir la, 'spotlight'?? Apa maknanya tu??
Rupa-rupanya diorang nak cakap yang mula-mula tu memang tak paham sangat Opto ni pasal apa. Aplikasinya kat mana. Nak-nak subjek Optics tu. Tapi, lama-kelamaan dah boleh nampak macam spotlight dah Opto ni lagu mana. hehe..

Kawan-kawan saya semuanya lebih tua daripada saya. Mostly, tua setahun dan yang lain lebih tua dua tahun. (So, bolehla kalau nak bajet muda,kan?hakhak)
Diorang ni tak bagi pun address diorang guna 'akak' atau 'abang' kat depan nama panggilan diorang. Jadi, panggil nama je la last-last. Sesetengah jer yang nak saya dan kawan baik saya bahasakan diorang kak. Tak ada pun yang classmate lelaki suruh addresskan diorang dengan panggilan 'abang'. Sebabnya, bukan budaya Uia. Uia ni, guna bro dan sis jer. Tak pun istilah baru yang sorang student diet ni reka, 'ter' dengan 'der'. Tahu apa maknanya? Short form untuk sisTER dan broDER. Adoyya~haha

Hal yang paling tak tersangka-sangka sekali ialah, 1st day dah stat kelas!! Tak EXPECT langsung la!! Mujur saya ingat nak bawa kalkulator masa kelas. Sape-sape tak bawak nanti kena cubit! haha
KALKULATOR tu kalau nak tahu teman sehidop semati untuk the beginner! ALAT yang WAJIB bawak time kelas!! Tak ada kalkulator, menganga la dalam kelas nak kira semua formula-formula kat depan tu dalam kepala otak. Cuba la try!hoho

Ada masa saya cerita lagi yer! Letih la tadi keluar ke bandar beli barang. Ni baru cerita 1st day. Saya nak cerita SETAHUN life saya kat Kontan ni.huhu..
Peace  :)

No comments:

Post a Comment