Sunday, September 4, 2011

1-YEAR

Bismillahirrahmanirrahim

AsSalamualaikum..^^




Ok2 kali ni nak cerita pasal my busy life in CFS IIUM.

Entah macam mana la tiba-tiba jer time saya dan kawan-kawan nak masuk cfs tu, tiba-tiba Uia tukar sistem daripada tempoh pengajian 2 tahun di pusat asasi kepada 1 tahun. Setahun bermakna hanya ada dua sem sahaja. Masuk bulan Mei 2009 dan grad bulan Februari 2010.

Mula-mula agak terkejut jugakla tapi oleh sebab semangat daripada mak saya yang nak sangat saya ambil program setahun tu,saya jadi semakin berkobar-kobarla..hakhak..

Sebenarnya students boleh pilih samada nak teruskan dengan program setahun atau pun 2 tahun.
Seperti biasa,hari yang keberapa entah,dah tak ingat dah,semua students baru wajib menduduki peperiksaan
1)EPT (English Placement Test)
2)APT (Arabic Placement Test)

Dua ni je kot. Ke ada lagi?? *Thingking harder

Dua tu je kot. haha. lupa dah

Ingat lagi time tu giler berkobar-kobar ambik exam. Nak sangat buat 1-year programme tu. Jawab exam dengan bersungguh-sungguh,nak-nak yang bahasa Arab. Siap belek nota time SPM lagi tu. Tak leh blah.

Ada jer kawan-kawan yang tekad tak nak ambik 1-year programme..huhu..Tak kisahlah kan. Yang penting sekarang saya dah grad dari CFS IIUM. Alhamdulillah sangat-sangat. Mesti la kena bersyukur kan? Walaupun banyak je pro dan contra. Nanti saya cerita apa pro dan contra nya.huhu
Alhamdulillah, untuk EPT, duk kat level 6 dan bahasa Arab exempted.^^
Officially, menjadikan saya budak 1-year. Ditempatkan dalam grup 2 bersama dengan dua lelaki (lelaki selalu sikit kan??) dan lima orang perempuan. Menjadikan tujuh orang kesemuanya. Gila gentang sikit! Sikit kalau nak dibandingkan dengan student-student di kelas yang lain.
Best apa belajar bila classmate tak ramai. Senang sikit nak serap ilmu, tapi sikit dapat kawan..huhu

Ceritanya macam ni,
Bermulalah kisah kehidupan saya di CFS IIUM. Banyak kisah dah sebenarnya saya dengar tentang CFS ni. al-sebabnya kakak saya dah setahun belajar kat situ. Macam-macam cerita dah. Kiranya macam CFS ni dah familiar dah dengan diri saya. Bila pergi, tak rasa yang kita pergi  ke tempat baru.*haha,,betul ke?

Ok,,next is~ kehidupan sebagai budak 1-year ni memang busy tahap cipan. Dengan 31 dan 32 credit hours,mana boleh tahan. Alhamdulillah berkat semangat daripada kawan-kawan sekelas yang menyebabkan saya teruskan jugak programme 1-year ni. Pernah jugak satu masa tu rasa nak 'give-up'. Dah tak nak dah buat 1-year,tapi sayangla sebab dah separuh jalan. Kalau tak,RUGI jer..ish3..jangan-jangan~
p/s: semuanya gara-gara fizik..hehe

Very HECTIC lifestyle. Mana boleh pergi jalan-jalan,lepak-lepak main game ke macam budak lelaki buat,tidur banyak-banyak kat bilik (oppss saya bukan jenis yang suka sangat tidur,tapi kalau tak ada benda nak buat,tidur la best kan?hakhak), apa lagi budak cfs 2tahun buat ek? Kalau nak bandingkan credit hour budak 1-year dengan 2-year macam langit ke-7 dengan kerak bumi kot! Jeles pun ada gak kadang-kadang. Nak-nak bila tengok diorang boleh duk rilek jer.

Subjek yang kitorang ambik:
-English level 6
-Bio 1&2
-Chem 1&2
-Math 1&2
-Fiz
-BTQ
-RIM

Saya masih ingat lagi, kitorang kalau diberi kerja hari ini, keesokan harinya dah kena hantar dah. Giler la malam tu kitorang bertungkus -lumus siapkan sama-sama. Balik bilik kadang jam 0000,kadang-kadang jam 0100  pagi (tengah orang lain enak diulit mimpi,ha!time tu la kitorang bukak pintu bilik kaco orang tengah tidur. Biasalah kan pintu bilik kalau engsel berbunyi,kan?
PORT biasa kitorang biasa buat discussion ialah kat LY tu. Masih ingat lagi LY, x-cfs??hehe
Kelas yang macam mengerikan dan macam bawah tanah tu.

Kalau anda masih ingat lagi,waktu yang dibenarkan bagi pelajar perempuan hanyalah setakat 12 malam. TAPI, malam tu kitorang dah terlebih sejam da~ On the way nak balik ke hostel tu,terserempak la ngan sorang Mak Guard dan Pak Guard ni. Adoi~
Nasib la Pak Guard tu baik, lepaskan kitorang, kalau tak ada pak guard tu, kitorang mungkin dah kena belebel di Mak Guard. Alah, biasalah perempuan. Kan kuat belebel..hukhuk..

Masa tu, sebab busy tahap cipan kan, sampai laptop pun jarang sangat-sangat la sentuh. Time habis exam jer bukak. Punyalah komited studi. Memang tak sempat sentuh pun. Kerja-kerja yang perlu gunakan laptop bukannya banyak sangat.

Mesti nak tahu kan siapa tenaga pengajar yang pernah mengajar saya kat CFS? * saya ni cepat sikit (bukan sikit, banyak..hehe) lupa nama orang. So, minta maaf la sangat-sangat kalau ada yang tak tersebut. Boleh katakan hampir kesemua perempuan. Sape ek?

a) Mdm Narimah (Fizik sem2)
b) Mdm Daliza (Chem sem 1)
c) Mdm Azlina (Bio sem1)#
d) Miss Hajar (Bio sem2)
e) Mdm Adila (RIM sem2)

ok,,BETUL-BETUL tak ingat ni yang lain..sori sangat-sangat!!

Meh saya ceritakan tentang setiap subjek yang saya ambil (hal ini akan menjadikan post ini lebih panjang berjela)

MATHEMATICS


Subjek yang saya paling minat sekali! Dari sekolah rendah (tadika ada ke matematik??haha..masa tu baru kenal nombor kan) sampailah sekolah menengah. Subjek feveret! Minat sangat mungkin sebab mak saya dulu pun minat matematik kot..huhu
Masa sem 1 tu,madam yang ajar kitorang (sila lihat gambar di bawah..haha)

Makluman!! Kepada sesiapa yang ingat nama madam ni sila inform kat saya ek! *boleh plak lupa
Saya suka sangat madam ni ajar. Madam seorang yang sangat lembut dahla cantheek!
Haha,,tu la classmate saya sem 1. Kalau nak suruh sebut nama sorang-sorang tu ingat lagi,tapi nama madam dah lupa dah..hehe
Madam ni sangat baik!^^
Pernah masa tu kelas kitorang stat pukul 8 pagi kalu tak silap. Madam bagi kitorang pergi kafe sarapan dulu. Memang lapar pun time tu. ThankQ madam! Saya SUKA madam!
Subjek math 1 ni tidaklah susah sangat. Jadi, time ni rasa seronok lagi la belajar math. Tengokla sem 2.huhu

Sem 2, boleh katakan lanjutan daripada apa yang kita belajar math masa kat sekolah menengah. Bapok payoh! Rasa cam paham apa yang madam ajar, alik-alik time exam tak boleh jawab. Pernah dapat C kot. Time tu, pada saya sape-sape yang dapat A math, memang terer la!

CHEMISTRY


Ha! Chemistry. Kita cerita pasal chem plak. Masa sem 1 chem ialah subjek yang saya minat sebab seronok dengar madam daliza ajar. Madam Daliza lah antara lect yang sangat tekankan kepentingan pengurusan masa yang baik esp bila dah jadi budak 1-year ni. Masa tu classmate kitorang cuma SEORANG sahaja lelaki. Budak Kelantan. Dia dapat layanan spesel la kan daripada kawan-kawan perempuan,sebab dia seorang je lelaki. haha *banyakla~

Madam selalu je pesan kat kitorang supaya sebelum kelas, MESTI (saya tekankan sekali lagi *MESTI yer) baca dulu topik yang madam nak ajar esok. Pernah satu malam tu, hampir pukul 1, selepas baru jer siapkan repot kot * tak ingat la
tiba-tiba teringat yang topik untuk subjek kimia esok tak baca lagi ! Alamak!! Berjaga la saya seorang diri dalam bilik yang gelap tu ( hanya bertemankan lampu meja jer) baca kimia. Yang penting esok kalau madam ajar tak la rasa terkapai-kapai tak boleh jawab dan tak paham,kan?

Pernah suatu hari madam suruh kitorang baca dulu topik yang belajar sal anak panah yang tunjuk kat atas. Topik sal energi-energi gitu. Ingat tak lagi?hehe
Saya pun dah lupa kot.haha
Bila baca buku teks malam tu, tak paham bersutir habuk pun! Jadi, malas dah la nak baca. Baca pun macam tak imbuh jer. Tengok-tengok keesokan hari madam tanya kitorang soklan-soklan pelik yang kitorang memang jadi SPEECHLESS!! Tak tau nak jawab pe. Habislah kitorang. Punyalah madam marah kitorang tahap giga. Salah kitorang la sebab tak baca betul-betul. Kitorang letih sangat malam tu ekpom.
Madam cakap macam ni (lebih kurang la)
"Walaupun awak ni budak 1-year,saya tahu awak busy, tapi ini tidak boleh dijadikan satu alasan untuk awak tidak dapat bahagikan masa dengan baik!"

Yang peliknya, * sampai sekarang saya pelik,,haha
apa yang peliknya?nak tau?
haha..entah kenapa saya rasa kata-kata madam masa tu cukup menikam QALBU saya..huhu
kawan-kawan saya tak ada la rasa sedih lebih-lebih macam saya. haha
tiba-tiba pipi ini terasa hangat dan air mata mencurah jatuh. :(
Masa tu, saya paling RESPEK kawan-kawan saya sebab masa saya rasa susah hati dengan kata-kata madam tu, diorang la yang pujuk dan bagi semangat kat saya. ThankQ kawan-kawan!!^^
Yang sebenarnya, kata-kata madam tu menjadi kata-kata penguat untuk saya teruskan perjuangan ini. :)

Sebab classmate kitorang sikit sangat * seperti yang saya bagitahu kat atas
akirnya, kitorang digabungkan dengan grup lain.


Ramai kan? Sampai tak muat meja tu..huhu

Sem 2, menyebabkan daripada suka kepada tidak suka subjek ni. Sem 2 saya boleh simpulkan hampir kesemua subjek payah!
Bab belajar organik tu yang payah tahap cipan tu. Punya la saya tak minat organik sebab otak saya payah jer rasa nak link kan dari satu organik boleh menjadi organik lain hanya dengan menambah bahan-bahan yang tertentu sahaja. Macam belajar recycle plak bila belajar pasal organik ni. Yang penting saya tak minat kimia 2..hahaha *boleh plak

PHYSICS


Subjek ni paling KILLER dalam sejarah hidup saya. Apa taknya, dari sekolah menengah lagi saya tak faham fizik. Berlanjutanlah ke pusat asasi. Bila Madam Narimah ajar, saya mula rasa yang Fizik ni subjek yang seronok. Tapi, pahamnya gitu-gitu la. Time SPM pun dapat 4B. (Tapi, saya SYUKUR sebab nasib baek LULUS,kan? ) Untuk orang yang anggap subjek fizik ni KILLER, lulus tu macam satu kejayan besar,tau!
p/s: saya tak pernah FAIL Fizik. Cuma keputusan tu tak memuaskan la kan.hehe

Nak tau tak kuiz biasa saya dapat berapa?
 4/10, 2/10 pun ada..ish3 (saya terkejut kot bila tengok result kuiz sendiri!haha)
Jadi, pada satu masa yang madam rasa sesuai, madam pun cakap nak jumpe saya time habis kelas. Saya dah dapat agak dah. Rasa nak nagis sangat time tu. Tapi, aik?? air mata tak nak keluar la plak. Just SEBAK je.
Madam bagi semangat kat saya supaya rajin buat latihan, banyakkan membaca dan ulangkaji balik lepas habis kelas. Mulai saat itu, saya dapat semangat baru!!
ALHAMDULILLAH, result kuiz saya dari satu kuiz ke kuiz yang lain meningkat. Saya sangat HEPI! tak terkira betapa HEPI nya saya!^^

Madam Narimah (nama dekat-dekat dengan ma saya)
-seorang madam yang sangat baik hati
-seorang yang banyak membaca
-suka berkongsi pengalaman dan bahan yang madam baca
-bersifat keibuan

SAYA SAYANG MADAM!!



RIM


Subjek Religions In Malaysia ni Miss Adila ajar. *baru-baru ni jah miss dah bertukar address jadi madam (TAHNIAH MISS!!)

Miss (terlekat panggil miss daa~) seorang yang sangat berdedikasi. Walaupun masih baru, tapi Miss cuba berikan yang terbaik supaya kitorang betul-betul faham.

Oleh sebab, Miss baya-baya kitorang jugak, seronok belajar dengan miss. Subjek saya kira sangat baru bagi saya. Melalui subjek ni kita boleh kenal agama-agama utama yang ada kat Malaysia ni terutamanya dari aspek sejarahnya.

BTQ


Jom berkenalan dengan subjek Basic Themes in Al-Quran. Subjek ni lah satu-satunya lect LELAKI yang mengajar saya sepanjang dua sem kat CFS.
 Dear Ustaz,
Teringin nak jumpe ustaz lagi. Entah bila la berkesempatan yer. ThankQ USTAZ!!^^

BIOLOGY


Ni subjek 'menarik' sekali. Sebab banyak benda kena hafal. Selalunya markah kuiz saya cukup-cukup makan la. Alhamdulillah~

Nak citer sal Madam Azlina ni.
Madam Azlina ni sorokkan status dirinya kat kitorang. Jadi bila time nak panggil Madam jer selalu tersyasyul. Sekejap panggil miss,sekejap madam,eh,sekejap lagi madam balik. Madam langsung tak betulkan kitorang. Jadi tak kisahla kan panggil apa-apa pun. hehe..

Kawan baik saya ada bagitahu yang Madam suka sangat tengok kat saya time madam mengajar. hehe..Saya pun perasan. Tips ketika berhadapan dengan orang ramai: cari seseorang yang kita rasa selesa supaya rasa gugup tu boleh hilang. Tapi tak tau la kan kot-kot la madam suka kat saya. haha * saja jer mengkoyakan diri sendiri

Madam pandai bergaya,mempunyai sepasang mata yang besar + cantik.
Madam seorang yang sporting!
p/s: sayang seribu kali sayang tak ada gambar dengan madam.

Biology sem 2, Miss Siti Hajar yang ajar kitorang. Miss punya English memang sangat-sangat power!
Saya suka dengar Miss speak in English.huhu
Semoga Miss bertemu jodoh cepat-cepat ea!hehe^^



Dah sampai masanya saya cerita sal pro & contra jadik budak 1-year ni.
Perlu ke buat table,ha? hahaha
Pro dulu ek:


  • Menjimatkan masa belajar daripada 6 tahun kepada 5 tahun (InsyaAllah)
  • Duduk mahalah dalam kawasan UIA
  • Dapat grad sekali dengan kakak (senang citer)
  • Boleh kawin cepat(??) haha
  • Boleh timba pengalaman awal daripada rakan-rakan sebaya lain
  • Kawan-kawan aka akak-akak dan abang-abang anggap saya macam 'adik' * adik la sangat, kan?
  • Dimanja dan disayangi oleh akak-akak dan abang-abang (??) * poyo + koya (soriii)
Cons:
  • Nampak cam SENIOR (lebih tua)
  • Perlu adapt dengan orang sekeliling yang baru kenal (dah la ambe ni payah sikit kalu bab mengadaptkan diri ni,,bukan apa just take time je la..)
  • Orang tak kenal kita
  • dll
Ada jer masa mula-mula masuk UIA Kontan, kawan tanya kenapa ambil 1-year programme. Berdasarkan kisah di atas anda ketemukan jawapannya kenapa saya pilih untuk jadi student 1-year.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman yang saya kongsi. Kalau rasa tak puas hati lagi, kita cerita lain kali.
Peace ^^

2 comments: