Tuesday, June 22, 2021

APPENDIKS ATAU APPENDICITIS - YANG MANA?

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Kita sudah seringkali mendengar tentang APPENDIKS, bukan? Mungkin ada dalam kalangan saudara mara kita yang terkena dengan penyakit yang seringkali dikaitkan dengan appendiks iaitu APPENDICITIS (Radang appendiks). Jadi selepas ini, jika anda ingin menyebut tentang keradangan pada appendiks, perkataan yang tepat ialah appendicitis bukan appendiks kerana appendiks adalah bahagian dalam badan kita dan term appendiks bukanlah merujuk kepada sesuatu penyakit. 

Sebelum kita mengulas tentang penyakit appendicitis, jom kenali serba sedikit tentang appendiks. Appendiks adalah bahagian yang terkeluar daripada usus besar berupa seperti sebuah kantung di bahagian bawah sebelah kanan badan kita. Walaupun fungsinya belum diketahui, appendiks juga boleh mendatangkan masalah - seperti appendicitis. 

Gambar di bawah ini menunjukkan kedudukan appendiks di dalam badan kita.


Punca appendicitis

Apakah penyebab terjadinya appendicitis? Antara penyebab yang dipercayai boleh mendatangkan keradangan kepada appendiks ialah:

- sisa makanan terkumpul di dalam appendiks

- terdapat ketulan najis yang keras terperangkap di dalam saluran appendiks

- jangkitan kuman

- jangkitan virus 

Jika sudah terdapat nanah dalam appendiks, appendiks tersebut hendaklah dibuang dengan segera sebelum ia pecah. Jika telah pecah, komplikasi lain yang lebih teruk boleh berlaku seperti peritonitis. Peritonitis dikelaskan sebagai kes kecemasan dan pembedahan pembuangan appendiks hendaklah dijalankan dengan segera. (Peritoneum: a continous membrane which lines the abdominal cavity and covers the abdominal organs) Antara simptom jika seseorang sudah ke peringkat mendapat peritonitis ialah:

- tidak dapat membuang air besar

- tidak dapat mengeluarkan angin (kentut)

- sedikit kencing

- demam

- rasa haus yang keterlaluan




Simptom-simptom

Apakah antara simptom yang tidak boleh diambilmudah yang menyebabkan anda berkemungkinan mendapat appendicitis?

Jangan sesekali abaikan diri anda jika anda secara tiba-tiba mengalami simptom seperti di atas. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan selanjutnya.

Rawatan

Appendiks yang mengalami keradangan haruslah dibuang melalui pembedahan. Pembedahan appendiks adalah merupakan pembedahan kecil dan pesakit dijangka boleh sembuh dengan segera selepas pembedahan. Jika appendiks telah pecah, pembedahan yang akan dilakukan menjadi sulit dan pesakit akan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya. 

Kos rawatan

Kos rawatan dalam RM4,000 sehingga RM6,000.

Kesimpulan

Semoga kita dilindungi daripada penyakit-penyakit yang berbahaya dan bagi sesiapa ada mengalami seperti simptom yang saya letakkan di atas, segeralah mendapatkan pemeriksaan dengan doktor yang bertauliah untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk lagi jika lambat mendapatkan rawatan. 


No comments:

Post a Comment