Thursday, June 10, 2021

THE SWINDLERS

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Entri kali ni ringkas sahaja tentang movie Korea aku tengok semalam. Tajuk dia 'THE SWINDLERS'. 

Kita tahu kan maksud SWINDLERS tu apa. Ia bermaksud penyeleweng. Aku bagi rating 8.1/10 untuk cerita ni. Recommended untuk ditonton sebab dah la memang aku minat genre filem/drama: crime, detective and investigation ni. Aku suka ending cerita ni. Kalau nak tahu kenalah tonton. Dan satu lagi patutlah orang duk cakap yang Hyun Bin tu hensem, sebab memang hensem pun hahahaha 


Bercakap soal duit ni, saya lupa nak tambah sikit la cerita yang semalam masa saya pergi kedai runcit, selepas sebaik sahaja saya masuk ke dalam kereta (saya dah kunci pintu kereta awal-awal) tiba-tiba kereta saya dihampiri oleh seorang lelaki yang berambut kerinting paras bahu dan memakai mask berwarna biru meminta duit RM10. Katanya keretanya mati sebab tak ada minyak dan meminta wang RM 10 untuk mengisi minyak. Kerana takut, saya terus start enjin dan lari. 😅

Mungkin dia tipu mungkin dia cakap benar. Tetapi agak suspicious la di situ. Sebab akhir zaman ni macam-macam kejadian jenayah yang berlaku menyebabkan kita mudah sangsi dengan orang yang datang meminta duit macam ni.

Dan ada lagi satu cerita, masa tu saya ada di kedai runcit jugak, masa duk ralit nak ambil ais dalam peti ais di luar kedai tu, tetiba, saya terdengar suara seorang perempuan menjerit. Rupa-rupanya perempuan itu diekori oleh dua orang lelaki bermotosikal (perempuan tu naik skuter) dengan niat ingin meragut wanita terbabit. Mungkin manusia menjadi terdesak disebabkan COVID ini. Ramai kehilangan kerja, tertekan kerana tiada sumber pendapatan. 

Sekian sahaja kisah ringkas yang berkaitan dengan duit. Semoga Allah melindungi kita semua daripada orang-orang yang mempunyai niat jahat.

Manusia menjadi buta kerana duit sebab duit itu dipandang sebagai suatu benda yang penting demi kelangsungan hidup. Betul duit tu penting dalam kehidupan ini, tetapi duit bukanlah segala-galanya. Dan apalah guna ada duit tetapi jika tidak dimanfaatkan.

Manusia sekarang berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan agar kita hidup senang sama ada sekarang atau di kemudian hari. Dengan adanya duit, kita boleh beli bermacam-macam benda. Saya memang tidak menafikan perkara tersebut. Kalau saya sekalipun tentu fikir perlunya wang untuk menyara diri dan keluarga. 

Sebab itu dalam Islam kita tengok Allah tak membenarkan kita mengumpul duit semata-mata hanya untuk diri sendiri. Dalam Islam, ada perkongsian kekayaan dengan perintah mengeluarkan zakat. Jadi, kita dapat lihat di sini Islam bukanlah agama yang mengajar penganutnya untuk pentingkan diri sendiri sahaja, tetapi Islam adalah agama yang mementingkan kebaikan sejagat. 

Selain perintah zakat, Allah juga memerintahkan hambaNya untuk rajin bersedekah. Jom kita lihat apakah kelebihan sedekah dalam kehidupan kita:



Jangan lupa untuk simpan dan kumpul duit tetapi dalam masa yang sama, asingkan juga duit kita untuk kita sedekahkah ke masjid atau untuk orang susah. Jadikan habit atau rutin mungkin setiap kali pergi Solat Jumaat, kita sedekahkan sedikit wang ke dalam tabung masjid. 


No comments:

Post a Comment