Wednesday, June 9, 2021

DUIT SYILING LAMA

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Duit syiling lama. Berharga ke?



Jom kenali butiran duit syiling 


Ok, sebenarnya saya juga mempunyai minat dalam mengumpul barang-barang antik lama seperti ibu saudara saya. Bezanya ibu saudara saya mengumpul barang antik untuk dijadikan sebagai perhiasan dalam rumah. Manakala, saya pula minat mengumpul duit kertas atau duit syiling lama. Tetapi, jumlah koleksi yang saya miliki adalah tidak seberapa. 😞

Kenapa orang berminat untuk menjadi pengumpul duit-duit lama? Hal ini adalah kerana bagi saya ianya mempunyai elemen nostalgia dan antik. 

Tahukah anda, pengumpul duit-duit lama ini dipanggil dengan istilah NUMISMATIC? Para pengumpul duit-duit lama ini mempunyai sebuah pertubuhan di Malaysia yang dikenali dengan nama Numismatic Malaysian Society (NMS).

Saya memiliki beberapa duit syiling lama tempatan dan duit syiling dari luar negara. Tetapi malangnya nilai duit syiling tersebut dalam pasaran hanya belas-belas dan puluh-puluh ringgit sahaja jika dijual. 😅 

Jangan ingat duit syiling lama boleh dijual begitu sahaja. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum ingin menceburi bidang numismatik ini. Rupa-rupanya ilmu tentang duit syiling lama ni luas dan banyak. Bukan semua duit syiling lama itu bernilai. 

Nilai duit syiling itu ditentukan berdasarkan beberapa faktor. Antara perkara basic yang anda perlu tahu adalah sama ada duit syiling tersebut jenis uncirculated (tidak diedarkan) atau circulated (diedarkan).

1. Syiling tidak diedarkan (Uncirculated Coin)

  • Jenis syiling "tidak diedarkan" adalah syiling yang telah disimpan setelah ianya baru mula diedarkan. Ada kalanya jenis ini masih boleh dijumpai di dalam edaran dengan beberapa kesan kecalaran yang minimum. Ianya akan memiliki penampilan dan penempaan sama seperti ianya ditempa dan tanpa sebarang kesan atau bukti kehausan padanya. 
  • Jenis ini tidak semestinya sempurna kerana kesempurnaan sesuatu syiling tergantung pada PLANCHET (is a round metal disk that is ready to be struck as a coin) ianya ditempa dan juga kekemasan proses penempaan itu sendiri. Bukan sesuatu yang mudah bagi kita menjumpai jenis yang 100% sempurna dari segi PLANCHET sehingga proses penempaan. Namun ianya tidak mustahil jika anda telah memahami cara penilaian dan rajin mencarinya.

2. Syiling telah diedarkan (Circulated Coin)

  • Jenis syiling "telah diedarkan" adalah syiling yang telah memasuki edaran dan telah memiliki kesan dan bukti kehausan atau tahap kecalaran yang melampaui batasannya. Sebulan di dalam edaran pun sudah mampu untuk menghauskan butiran pada duit syiling. Mungkin ianya tidak kelihatan pada mata kasar namun bantuan kanta pembesar dan teknologi pada hari ini mampu mengesannya. 
  • Kehausan pada butiran syiling adalah bukti ianya telah diedarkan.

Penjelasan di atas menunjukkan perbezaan duit syiling yang diedarkan dan tidak diedarkan. 

Saya merujuk ke laman web ini untuk lebih memahami apa itu duit syiling yang diedarkan dan tidak diedarkan: http://numiscat.blogspot.com/2015/01/peninilaian-duit-syiling-asas-coin.html

Memiliki hobi seperti ini, anda perlu mempunyai modal yang tinggi untuk menjadi pengumpul duit syiling lama. Malah, syiling-syiling yang berharga ini sukar dijumpai menyebabkan nilainya semakin tinggi di pasaran. Selain itu, lagi elok keadaan duit syiling itu, lagi tinggi harganya. 

Tetapi, duit syiling yang mempunyai nilai tinggi di pasaran bukan sahaja ditentukan oleh keadaan duit syiling tersebut, tetapi ada beberapa faktor lain yang diambil kira untuk menentukan sama ada duit syiling tersebut bernilai atau hanya boleh sekadar dijadikan sebagai koleksi sahaja.  

Berikut saya tulis serba ringkas, kenapa duit syiling lama ini mempunyai harga yang tinggi sehingga boleh mencecah jutaan ringgit.

1. Low mintage / Jumlah pengeluaran yang sedikit.

2. Satu jenis duit syiling tetapi mempunyai kepelbagaian. Contohnya, duit syiling 1 sen tetapi dihasilkan di dua kilang yang berbeza; satu di Malaysia dan satu di London. Duit syiling yang dihasilkan di London menggunakan material yang berbeza menyebabkan nilainya menjadi lebih tinggi.

3. Sejarah duit syiling tersebut. Ada duit syiling yang dihapuskan ketika zaman penjajahan menyebabkan duit syiling jenis tersebut sukar ditemui.

4. Mempunyai permintaan yang tinggi oleh collector.

5. Duit Syiling ERROR

6. Kondisi duit syiling tersebut: Very Fine, Extremely fine, Uncirculated dan lain-lain.

- Terdapat dua sistem penilaian duit syiling lama: Sistem Britih dan Sistem USA. 

- Kedua-dua sistem ini berbeza dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. 

- Sistem British menggunakan sistem GRED manakala sistem USA menggunakan sistem NUMERIK (nombor).

- Sistem bernombor USA dinilaikan daripada skala 1 sehingga 70. Skala 1-70 digunakan kerana pada suatu ketika dahulu, pengumpul duit di Amerika membeli sekeping 'Large Cent 1794' dengan membayar satu Dolar bagi kondisi yang paling teruk dan $70 Dolar bagi kondisi yang terbaik. Maka, skala 1-70 dijadikan asas untuk menilai duit syiling yang ingin dijual. Skala ini pula dibahagikan kepada ciculated dengan uncirculated di mana skala bawah 60 digunakan untuk menilai duit yang telah diedarkan. 




Boleh rujuk di sini untuk grading USA: http://numiscat.blogspot.com/p/numeric-grading.html


Demikian sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan tentang duit syiling lama dan bagaimana ia dinilai. Semoga saya dan pembaca dapat informasi yang boleh menambah pengetahuan umum kita semua. 😊 

No comments:

Post a Comment