Monday, June 7, 2021

JERUNG, FILEM DAN PERUBATAN

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Malam semalam saya menonton filem horror tentang ikan jerung yang ganas yang menyerang dan memakan manusia. Seperti yang kita sedia tahu, memang jerung selalu digambarkan sebagai haiwan yang ganas kerana fizikalnya yang mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang besar. Banyak pengeluar filem luar negara menghasilkan filem horror bertemakan ikan jerung ini. Penonton juga sangat gemar untuk menonton filem yang melibatkan haiwan yang ganas seperti jerung dan ular anaconda kerana efek thrill dan suspens yang diberikan ketika menonton. 

Berdasarkan carian saya di Google berkenaan ikan jerung, terdapat pelbagai info menarik tentang ikan jerung jika dikorek dan dikaji. Jika sebelum ini saya hanya tahu bahawa jerung merupakan spesis ikan yang ganas sahaja, tetapi setelah melakukan beberapa carian berkenaan jerung, ia mengubah perspektif saya tentang jerung. 

Jerung merupakan haiwan yang diancam kepupusan. Ia dikenali sebagai fosil hidup kerana ikan ini telah pun hidup berjuta tahun lamanya di muka bumi ini (Ia telah hidup lebih kurang dalam 450 juta tahun yang lalu). Jika kita tidak melindungi haiwan ini, jerung akan pupus pada masa akan datang. Kenapa kita mesti melindungi haiwan yang (dikenali sebagai) 'berbahaya' ini? 

Jawapannya: Jika haiwan liar ini dibunuh tidak kira untuk apa sebab sekalipun, ia boleh merosakkan ekosistem dan berpotensi membawa penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. 

(Boleh rujuk artikel ini:  https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/662114/ekosistem-manusia-rosak-jika-hidupan-liar-musnah)

Fakta terbaru tentang jerung adalah apabila ia dikatakan mempunyai bahan yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin COVID-19. How amazing, isn't it?

Menurut akhbar Harian Metro, sebanyak setengah juta jerung perlu dibunuh untuk memberi imunisasi kepada setiap penduduk dunia yang memerlukan dua dos vaksin COVID-19. Jerung dibunuh untuk mendapatkan minyak semulajadi iaitu squalene yang diekstrak daripada hati haiwan tersebut. 

Bagi menghasilkan satu tan (1 tan = 1000kg) squalene, sebanyak 3,000 jerung perlu dikorbankan. Kelebihan yang ada pada squalene adalah ia merupakan bahan tambahan dalam perubatan untuk meningkatkan keberkesanan vaksin dengan mewujudkan tindak balas imun yang lebih kuat. Oleh sebab itu, demi menyelamatkan manusia, hidupan haiwan liar ini menjadi terancam. 

Pembunuhan spesis terancam untuk tujuan perubatan adalah merupakan tindakan yang tidak wajar sama sekali.  

(Sumber berita Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/625905/bunuh-jerung-untuk-hasilkan-vaksin-covid-19)

Jom kenali apa itu squalene dan kelebihannya kepada manusia, terutamanya dalam skincare products. Squalene ini adalah sejenis minyak yang disapukan ke atas kulit muka kita. Ia juga datang dalam bentuk kapsul untuk diambil setiap hari. 

Squalane adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh badan kita tetapi penghasilannya berkurangan apabila usia semakin bertambah. Selain boleh didapati daripada hati ikan jerung dan kulit manusia, squalane juga boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti olives, rice bran dan wheat germ.

Kelebihannya: 

  • Boleh membekalkan kelembapan yang tinggi kepada kulit
  • Ia senang meresap ke dalam kulit
  • Ia tidak berminyak
  • Boleh melawan free-radicals yang membuatkan kulit menjadi tua dengan cepat
  • Menyeimbangkan penghasilan minyak 
  • Anti-aging
  • Ada anti-inflammatory effect yang boleh membantu memulihkan kulit daripada jerawat dan ekzema
  • Membantu boost blood circulation agar dapat menghasilkan kolagen secara semulajadi dengan lebih baik - agar kulit lebih tegang, plumpy dan glowing

(Sumber: https://thetruthbeautycompany.com/blogs/the-journal/benefits-of-squalane-oil)

Terdapat perbezaan antara squalEne dengan squalAne. Jom tengok gambar rajah di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.




Selain fakta berkaitan jerung di atas, jom kita kenali jerung dengan lebih dekat lagi dengan 23 fakta yang dikemukakan tentang jerung daripada blog ini: http://showuwhatigot.blogspot.com/2011/12/fakta-tentang-ikan-jerung.html?m=1

Sebagai kesimpulannya, walaupun jerung adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia, jerung juga mempunyai banyak manfaat lainnya kepada manusia dan menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Oleh itu, JANGAN BUNUH HIDUPAN LIAR INI !!

No comments:

Post a Comment