Saturday, June 5, 2021

Rabies dan drama Korea

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Hari tu kan saya menonton drama Korea bertajuk: God's Quiz: Reboot. Best giler sebab saya memang suka tengok cerita genre Action, Crime dan Investigation. Dalam episod dua (tak silap), berkisar tentang Zombie yang terjadi akibat gigitan haiwan atau anjing yang sebenarnya disebabkan oleh virus Rabies (Virus anjing gila). 



Adakah anda semua familiar dengan term Rabies? Rabies ni popular di Malaysia sekitar tahun 50-an dan kembali menyerang penduduk di Sarawak sekitar tahun 2018 yang lalu. Malaysia ada melakukan program vaksinasi secara menyeluruh kepada stray dogs dan mewajibkan vaksin ke atas semua anjing yang berdaftar.

Bahaya Rabies ini adalah kerana boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Jadi, Rabies ni adalah suatu virus yang tidak asing lagi di Malaysia dan menyebabkan kematian 55,000 orang setiap tahun di Asia dan Afrika. 



(Sumber: https://www2.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Interim_Guideline_for_Prevention_and_Control_of_Human_Rabies_in_Malaysia.pdf)

Menonton drama berilmiah seperti tu menyebabkan kita teringin untuk menambah ilmu sebab menuntut ilmu ni kan seumur hidup. Ilmu-ilmu kehidupan macam ni lah yang boleh mengupgradekan value diri kita. Kita jangan jadi orang yang hidup di takuk yang lama. Seperti air yang bertakung tidak mengalir. Jom banyak-banyak tambah ilmu. Ilmu dunia dan akhirat.

Bercakap tentang Rabies tadi, di Malaysia jika open wound pada seseorang terdedah kepada air liur anjing, mereka hendaklah segera diberikan vaksin (tanpa diberikan anti-Rabies Immuniglobulin). Vaksin akan diberikan sebanyak empat suntikan pada hari 0, 3, 7 dan 14. Pemberian vaksin untuk dos kedua dan seterusnya akan diberikan sekiranya anjing terbabit disahkan mempunyai virus Rabies. Sekiranya anjing terbabit terbukti tidak mengandungi Rabies. Pemberian vaksin akan dihentikan. Sekiranya anjing tersebut tidak dapat ditangkap atau terlepas, pemberian vaksin akan dilengkapkan sehinggan dos keempat. 

Jadi apa itu anti-Rabies Immunoglobulin (Ig)?  

Anti-Rabies Immunoglobulin adalah sejenis antibody khas yang secara spesifik dihasilkan untuk meneutralisekan virus Rabies (antigen) sahaja. Anti-Rabies Ig ini hanya akan diberikan kepada orang yang terkena GIGITAN anjing sahaja pada hari pertama terkena gigitan anjing. Fungsi Ig ini adalah untuk mematikan virus-virus Rabies dengan cepat sebelum vaksin bertindak. Vaksin bertindak untuk menghasilkan antibody semulajadi dalam badan kita. Sekiranya anti-Rabies Ig ini tidak diberikan kepada pesakit yang terkena gigitan anjing, kemngkinan besar kebolehan badan untuk melawan virus ini akan menjadi lambat dan boleh menyebabkan kematian jika virus ini menyerang bahagian central nervous system kita.


Anjing adalah merupakan makhluk ciptaan Allah sama macam makhluk-makhluk lain. Walaupun anjing membawa mudarat sekiranya mempunyai virus, anjing yang sihat dan bebas virus juga memberikan manfaat yang besar terutamanya terhadap pasukan keselamatan negara seperti polis dalam mengenalpasti suspek, dadah dan sebagainya. Anjing juga digunakan untuk mengawasi kawasan tanaman dan menjaga rumah tuannya. Oleh sebab itu, jika anda ingin memelihara anjing, anjing anda haruslah mendapatkan suntikan vaksin Rabies untuk mengelakkan outbreak penyakit ini dalam kalangan masyarakat.


No comments:

Post a Comment