Sunday, June 13, 2021

Vaksin Covid-19

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Vaksin adalah satu-satunya cara untuk memastikan semua penduduk di dunia ini boleh terselamat daripada serangan virus terutamanya virus yang sedang menyerang umat manusia abad ini iaitu virus COVID-19. Semasa serangan awal COVID-19, tidak ada seorang pun yang immune dengan virus ini, jadi virus ini tersebar dengan begitu cepat sekali dalam kalangan masyarakat setempat. 



Sudah berapa banyak jumlah kematian telah dicatatkan di seluruh dunia akibat daripada virus ini. Untuk memastikan manusia hidup dalam herd immunity, kita memerlukan vaksin agar dapat menghalang serangan virus ini daripada menyebabkan kematian bertambah dengan lebih banyak lagi.

Vaksin

Tahukah anda apakah itu vaksin? Dan bagaimana mekanisma vaksin ini berfungsi dalam badan manusia?

Vaksin adalah virus yang telah dilemahkan. Dalam konteks virus COVID-19 ini, virus yang digunakan untuk dijadikan sebagai 'host' atau kambing hitam adalah virus yang menyerang chimpanzee. Sekerat genetik kod (spike protein virus COVID-19) daripada virus COVID-19 ini dimasukkan ke dalam virus host (yang telah dilemahkan ini) lalu dijadikan vaksin. Vaksin ini diuji secara klinikal, jika berjaya, ia selamat untuk digunakan kepada orang awam. 

Terdapat sejumlah lapan jenis vaksin yang berjaya dihasilkan. Daripada lapan jenis vaksin tersebut, negara kita Malaysia hanya membeli lima jenis vaksin, iaitu:
  1. Pfizer (AS)
  2. AstraZeneca (UK)
  3. Sinovac (China)
  4. CanSINOBio (China)
  5. SputnikV (Rusia).  



Kenapa lambat Malaysia untuk bagi vaksin kepada penduduknya?

- Di sini anda kena faham bahawa ada kekangan dari segi jumlah vaksin yang kita dapat disebabkan oleh demand yang banyak. Pengeluar vaksin bukan hanya menjual atau membekal vaksin kepada sebuah negara sahaja, malah ada banyak lagi negara memerlukan vaksin selain daripada Malaysia. 

- Sebenarnya Malaysia kena beli lebih daripada satu brand bukan kerana wujud teori konspirasi disebalik pembelian vaksin ini tetapi, bertujuan untuk memastikan bekalan vaksin sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat di negara ini. 

- Vaksin juga sampai ke negara kita secara berperingkat. Maka, kita harus bersabar sementara menunggu vaksin ini tiba. Vaksin pula memerlukan penjagaan yang teliti untuk menjaga kualiti vaksin tersebut.

Di Malaysia, terdapat sebuah jawatankuasa untuk mengenalpasti siapa yang lebih layak untuk mendapat suntikan vaksin terlebih dahulu. Jawatankuasa itu dinamakan JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara golongan yang layak mendapat suntikan vaksin lebih awal berbanding golongan lain adalah golongan warga emas dan frontliner





Jadi, orang-orang muda macam kita ni kena tunggu giliran dahulu untuk mendapat suntikan vaksin kerana golongan tua mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kesan buruk daripada COVID-19 ini berbanding golongan muda kerana sistem imunisasi badan mereka lebih rendah berbanding orang muda.

Hanya terdapat tiga jenis vaksin yang sedang diberikan kepada orang awam sekarang ini. Vaksin tersebut ialah : Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Keberkesanan vaksin tersebut dinilai daripada result clinical trial. Terdapat dua cara vaksin ini dinilai iaitu berdasarkan efficacy vaksin dan effectiveness vaksin.

Efficacy ditentukan daripada clinical trial berdasarkan keputusan daripada subjek yang kita pilih.

Manakala effectiveness pula dinilai berdasarkan kejayaan vaksin tersebut untuk memberi kesan kepada orang awam secara keseluruhan. 


Untuk pengetahuan semua, Vaksin AstraZeneca telahpun dikeluarkan daripada Program Imunisasi Kebangsaan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana sebab-sebab tertentu. 

Herd immunity

Kenapa negara pengeluar dah mencapai tahap herd immunity manakala Malaysia belum?

Sebelum menjawab persoalan tentang capaian herd immunity, jom kita faham dulu apa itu herd immunity:

"Herd immunity occurs when a large portion of a community (the herd) becomes immune to a disease, making the spread of disease from person to person unlikely. As a result, the whole community becomes protected — not just those who are immune."

Setiap virus mempunyai pencapaian peratusan herd immunity yang tersendiri. Selalunya sebanyak 50% ke 90% rakyat perlu divaksin barulah herd immunity boleh dicapai. 

"The higher the level of immunity, the larger the benefit. This is why it is important to get as many people as possible vaccinated."

Ini bukan sahaja berkenaan dengan kematian yang disebabkan oleh virus, tetapi apabila kita masih belum lagi mencapai herd immunity tetapi kita sudah tidak mahu menjaga  social distancing, mengabaikan pemakaian mask dan tidak mengelakkan crowd yang ramai, hal ini boleh mengakibatkan virus tersebut mutate dan akhirnya menyebabkan program vaksinasi mencapai kegagalan.

"This can increase transmission risk, decrease the effectiveness of vaccines, and make the pandemic harder to control in the long run. As long as there are unvaccinated populations in the world, SARS-CoV-2 will continue to spread and mutate." 

Maka, marilah kita bersama-sama bersabar menunggu giliran masing-masing untuk mendapat suntikan vaksin ini. Setiap orang akan mendapat dua dos suntikan vaksin ini baru boleh memberikan tindakbalas yang baik dalam menghasilkan antibodi yang bagus dan kuat dalam badan kita.  Selain itu, jangan lupa jaga SOP kerana SOP sangat penting untuk memastikan virus tidak disebarkan dengan mudah dan cepat. Jalankan tanggungjawab kita untuk melindungi bukan sahaja diri kita, tetapi ahli keluarga kita dan orang lain. Pesanan terakhir:

"Please continue to wear masks, maintain distance, avoid high-risk indoor gatherings, and get vaccinated as soon as a vaccine becomes available to us."



(Sumber mostly daripada: Instagram Doktor wnshazwani21)

(Sumber: https://www.jhsph.edu/covid-19/articles/achieving-herd-immunity-with-covid19.html)

No comments:

Post a Comment