Saturday, June 19, 2021

Review Mystic Pop-up Bar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hari ni saya nak review tentang satu drama yang saya tonton dekat Netflix. Drama ni diberi tajuk Mystic Pop-up Bar. Drama ini berjumlah 16 episod. Saya memang recommend untuk anda menonton drama ini kerana ia sebuah drama yang santai tapi ada elemen kekeluargaan, kasih-sayang dan pengorbanan.

Jom kita tengok poster drama ni.


Drama ini berkisar tentang seorang wanita yang dijatuhkan hukuman kerana membunuh diri dan membunuh sebatang pokok yang dianggap sacred oleh penduduk kampung pada zaman pemerintahan bermaharaja dahulu. Tempoh hukuman dilanjutkan daripada 350 tahun ke 500 tahun iaitu sampailah ke zaman milennium ini. Pada zaman kini, perempuan terbabit membuka sebuah bar yang hanya boleh dilihat oleh orang yang ada dendam yang tak terlangsaikan. 

Jenis hukumannya ialah perempuan tersebut mesti membantu 1000,000 orang untuk membalas dendam. Jika cukup 100,000 jumlah bilangan orang yang dibantu, maka dia tidak perlu dihantar ke neraka. 

Jadi, cerita ini macam ada kaitan dengan Afterlife. Di mana ada pembalasan syurga dan neraka. Bagi sesiapa yang berbuat kebaikan boleh mendapat kehidupan yang lebih baik lagi jika dilahirkan semula seandainya dia banyak melakukan kebaikan kepada orang lain. Dan begitulah jika sebaliknya.

Apa yang menarik dalam drama ini juga ialah kehadiran seorang lelaki yang mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia biasa. Siapakah lelaki itu? Dan apakah kaitan lelaki terbabit dengan perempuan Afterlife tersebut? Jemput tonton ye. 😜

Selain jalan cerita, saya memang menggemari pelakon utama iaitu Hwang Jung-Eum. Dia memang seorang pelakon yang sangat berbakat dan dapat melakonkan watak dengan baik dalam drama-drama yang saya pernah tonton sebelum ini. Bagi saya dia merupakan seorang yang sangat bersahaja dan  kelakar.




Rating saya bagi untuk drama ini sebanyak 9/10. Kurang satu tu sebab saya tak suka ending dia. hahahaha. Nak tahu ending dia, kenalah tengok sendiri.

No comments:

Post a Comment