Thursday, June 17, 2021

BINGKAI

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Jika kita toleh ke kiri dan kanan kita, hampir kesemua adalah pemakai cermin mata. Cermin mata kini sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Tetapi, mungkin ada yang belum benar-benar mengenali cermin mata walaupun sudah memakainya bertahun-tahun.

Jadi, dalam entri kali ini, saya ingin membawa anda mengenali serba sedikit secara ringkas tentang basic yang ada pada sesebuah cermin mata.

Jom!

Terlebih dahulu, jom kita ketahui dan kenali bahagian pada cermin mata. Cermin mata terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian utama pada cermin mata ialah bahagian hadapan untuk memegang kanta, temple atau kaki, hinge yang menhubungkan bahagian kaki dengan bahagian hadapan cermin mata, nosepad, nosepad arm dan temple tips


 Mengetahui bahagian-bahagian yang ada pada cermin mata adalah perlu dalam membantu anda dalam mengenalpasti nama bahagian yang rosak dan adakah ia boleh dibaiki atau tidak.

Seterusnya, adalah tentang bagaimana untuk mengetahui saiz yang ada pada sesebuah bingkai. Senang sahaja untuk membaca saiz pada sesebuah bingkai. Anda hanya perlu tengok pada kaki atau temple bingkai. Di situ ada tertulis nombor model bingkai dan saiz bingkai. Saiz bingkai selalunya ditulis seperti ini:

51-17-142

Apakah maksud 51?

= 51 itu merujuk kepada LEBAR bingkai cermin mata


Apakah maksud 17?

= 17 itu merujuk kepada BRIDGE cermin mata


Apakah maksud 142?

= 142 itu merujuk kepada panjang temple atau kaki bingkai




Jika sekiranya tulisan pada kaki bingkai cermin mata anda telah hilang, anda boleh mengukurnya dengan menggunakan pembaris. 


Pemilihan bingkai yang tepat adalah sangat penting untuk memastikan bingkai terletak di muka dan selesa dipakai. Jika tersilap memilih saiz bingkai, antara masalah yang sering dihadapi ialah: kembang tudung dan frame senang terlorot jatuh. Jadi, apabila memilih bingkai, anda kena mencubanya sendiri untuk merasa sendiri sama ada frame tersebut selesa dipakai, sesuai dengan bentuk muka atau pun tidak. Bagi yang mempunyai features muka yang tidak simetri, pemilihan bingkai yang tidak menunjukkan kekurangan wajah anda adalah sangat crucial. Optometris dan staf akan membantu membuat penilaian yang terbaik buat anda agar anda berpuas hati dengan bingkai yang dipilih. 

Selain itu, ada beberapa jenis bingkai yang terdapat di kedai cermin mata. Antaranya:

  • bingkai penuh
  • bingkai separuh
  • rimless
Bingkai penuh

Jika memilih bingkai penuh, antara kelebihan kepada si pemakai adalah:
  • cermin tidak mudah serpih atau pecah
  • lebih kukuh dan tahan lama
Bingkai separuh

Bingkai separuh diberi nama kerana hanya ada separuh sahaja bingkai di bahagian atas bingkai manakala ada separuh lagi digantikan dengan tali. Jika bingkai separuh menjadi pilihan, kelebihannya:
  • nampak seperti tidak memakai spek daripada jauh
  • kurang rasa terganggu dengan rim bingkai ketika melihat ke bawah
Kekurangannya pula:
  • napmpak lebih matang
  • mudah serpih jika terjatuh

Bingkai RIMLESS

Bingkai rimless adalah bingkai yang paling tidak selamat. Walaupun begitu, terdapat alternatif lain buat penggemar spek rimless iaitu dengan memilih cermin tahan pecah seperti polycarbonate dan trivex untuk ketahanan yang lebih lama. Kelebihan kepada frame seperti ini ialah: 
  • Nampak seperti tidak memakai cermin mata
  • Pandangan lebih jelas
  • Boleh memilih bentuk bebas
Kekurangannya pula:
  • Tidak boleh berkasar dengan cermin mata
  • Risiko mudah pecah tinggi jika tidak menggunakan kanta tahan pecah
  • Harga cermin lebih mahal
Selain jenis-jenis bingkai yang saya sebutkan di atas, bingkai juga bukan sahaja terdiri daripada bingkai besi dan plastik sahaja, ada pelbagai lagi jenis bingkai yang boleh kita dapati seperti bingkai jenis titanium, stainless steel, plastik acetate dan ultem. Bingkai-bingkai jenis ini mempunyai kelebihan tersendiri dan merupakan pilihan alternatif untuk yang ingin bingkai yang lebih ringan dan hypoallergenik. 

Staf di kedai cermin mata bersenang hati untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda. Just ask for their help. 😊

No comments:

Post a Comment